Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025. Kemeriahan semakin terasa dan kesesakan jalanraya pula akan bermula. Perasaan seronok untuk balik kampung sentiasa membara kan tapi kita perlu bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi kesesakan jalanraya kalau tak pilih waktu yang sesuai sewaktu merancang perjalanan balik kampung.
INFO MENARIK: 8 Tips Rancang Perjalanan Balik Kampung Sebelum Raya
PLUS Malaysia, menerusi sosial media mereka instagram berkongsi tentang tarikh hari hari puncak yang berkemungkinan akan meningkatkan jumlah trafik di Lebuhraya sempena perayaan Aidilfitri akan datang. Menurut mereka, sebelum hari raya menjelang lebuhraya akan dijangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta sehari bermula 27, 28 dan 29 Mac 2025.
Buat mereka yang merancang perjalanan balik ke kampung pada tarikh yang dinyatakan korang perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan kesesakan lalulintas.
Jadi, bila waktu yang sesuai untuk balik kampung untuk menyambut hari raya?
Bertolak pulang ke kampung lebih awal dari tarikh yang dinyatakan diatas atau lebih lewat contohnya pada 30 Mac 2025 sehari sebelum 1 syawal. Kalau korang jenis yang tak kisah boleh balik pada pada hari raya pertama tuh. Confirm jalan pun mesti lengang gila. Betul tak?
Ini adalah sekadar cadangan sahaja, korang boleh decide samaada nak follow atau pun tidak. Apa apa pun, tak kiralah bila korang rancang untuk bertolak balik ke kampung pastikan korang memandu secara berhemah dan ingat orang yang tersayang.
PLUS Malaysia sendiri juga akan melakukan penambaikan sempena hari raya nanti dimana mereka menyediakan lebih 5000 keseluruhan petugas, kemudahan tambahan di R&R yang terpilih dan membuka semua lorong di plaza tol.