Wallet Hampir Hilang Gara Gara Ayam Goreng!

My love for ayam goreng is infinity okay! Walau pun dah malam aku gigih juga keluar cari ayam goreng sebab craving. Nak dijadikan cerita aku pernah cuba makan ayam goreng dekat D'Apple Fried Chicken tapi lokasi dia agak jauh dari rumah and guess what? baru baru ini dia buka cawangan baru yang lebih dekat dengan area rumah aku.

Jadi, selepas maghrib aku gerak pergi sana nak beli ayam goreng tapi sadly dah habis. Untungnya aku malam tuh ada satu lagi gerai yang jual ayam goreng. Aku singgah situ beli ayam goreng dia. Waktu on the way nak masuk kereta seperti biasa aku nak ambil gambar kedai sebab mana tahu kan nanti nak buat artikel dekat blog. 

Nak dijadikan cerita, aku letak plastik ayam goreng dekat bonet kereta. Keluarkan phone dan ambil gambar kedai. Lepas dah settle aku terus masuk kereta drive lebih kurang 4 ke 5 kilometer camtuh tiba tiba aku teringat yang mak aku ada pesan suruh belikan mee celup untuk dia. 

Aku pun singgah beli mee celup dulu. Bila dah siap order apa semua aku carilah wallet aku sebab nak prepare untuk bayar nanti. Waktu tuh memang gelabah sikit sebab wallet aku hilang dah!

Aku cari dalam kereta tak ada. Dalam poket seluar pun tak ada. First thing yang aku fikir bukan duit dalam tuh tapi kad kad bank, IC sebab leceh nanti kena buat balik kan. 

Lucky me! Wallet tuh masih ada jodoh dengan aku. Tak hilang pun korang. Rupa rupanya dia tersangkut dekat bonet kereta weh. Confirmed aku letak sekali dengan ayam goreng masa nak ambil gambar tadi. Aku memang tak perasan dia ada dekat situ sebab warna wallet dengan kereta pun lebih kurang. Lega yang teramat sangat bila jumpa balik. 

Wallet warna brown sangkut dekat boleh kereta nissan

Kau bayangkan aku dah drive 5 kilometer, waktu malam pulak tuh. Kalau aku nak trace wallet malam malam dalam keadaan yang gelap gelita tak ada lampu jalan lagi memang confirm tak akan jumpa. betul tak?

Banyak kali dah aku terlupa barang letak atas bonet kereta dan bumbung kereta. Dulu dua phone aku hilang terjatuh dari bonet kereta time drive tapi alhamdulillah dua dua jumpa balik. Agaknyalah kan, barang barang penting kena gantung dekat leher barulah tak hilang and tak letak merata hahaha. 
Terbaru Lebih lama