Sejujurnya aku sedang menaip entry ini sambil mendengar lagu lagu galau dan ditemani dengan alunan air hujan. Tiber! haha. Korang tahu tak hari ini adalah hari yang terpaling banyak dugaan untuk aku dari pagi sampailah ke petang.
Awal pagi tadi hujan lebat gila and rumah aku pulak ada bocor here and there. Semua ini aku salahkan tukang rumah yang baiki zink kitorang waktu bumbung rumah tercabut dibawa angin dua tahun lepas. Yes! bumbung tercabut korang. My whole bilik was a mess waktu tuh.
Back to the main story, bumbung rumah bocor tapi aku tak perasan ada banyak tompok air kat lantai and guess what? Aku terpelanting guys! nasib baik tak teruk sangat tapi sakit jugaklah sikit lol. Itu adalah dugaan pertama pagi ini.
Normally, first thing yang akan aku buat waktu pagi adalah buka kedai and kemas apa yang patut before start meniaga tapi disebabkan hujan aku hold dulu. Apa yang aku buat? Aku rajinkan diri untuk basuh baju. Time nak basuh baju tuh aku on mesin basuh dia tak jadi pulak. Rosak ke? Aku dah letak sabun semua dah. Menduga betul. Selepas beberapa kali cuba baru dia okay balik. Lega weh! kalau rosak memang menangis aku kat situ haha.
Gambar hiasan yang tiada kaitan.
Lepas dah settle membasuh, aku decided untuk keringkan dekat dobi sebab kain banyak. Kalau sidai time hujan ini nak kering tuh agak lambat and dekat ampaian pun still ada pakaian. Time drive nak ke dobi tuh aku perasan ada 5 ke 6 buah kereta dekat area parking. Ramai jugaklah kiranya orang dekat dobi. Satu hal pulak kena cari dobi yang jauh sikit. Nasib baik second dobi aku pergi tuh tak ada ramai orang. Masuk je dalam dobi terus boleh guna.
Walau pun dekat dobi tak ada dugaan, aku tak tahu kenapa tiba tiba rasa macam nak check minyak brek kereta sebab aku rasa macam minyak brek tuh dan contaminated. So aku pergilah check dekat bengkel, Alhamdulillah dorang cakap okay lagi. Kalau tak melayanglah duit seratus dua.
Masih lagi tak ada dugaan kan! Korang tunggu kejap hahaha. Time aku balik rumah, aku check poket seluar and realized duit aku RM150 hilang. Tercedok sekejap bila duit tiba tiba hilang. Aku tak sure dia jatuh dekat mana. Waktu tuh dah la tengah hujan lebat. Kalau jatuh dekat jalan, confirm hilang dibawa air atau pun orang ambil.
Aku tak putus asa ya, aku revisit balik semua tempat yang aku pergi and tanya orang samada dorang ada nampak duit jatuh ke apa tapi sadly semua orang cakap tak ada. Aku kelam kabut cari sebab duit yang hilang tuh my mom punya. Jadi, bila tak jumpa tuh aku terus pergi ATM nak withdraw duit aku untuk ganti balik tapi nak dijadikan cerita sebelum aku keluar dari kereta aku jumpa duit yang hilang tuh dekat seat belakang!
Aku tak tahu nak happy ke nak sedih sebab aku punyalah gigih cari sampai habis minyak kereta, last last duit tuh ada dalam kereta jer selama ini. Kalau duit tuh boleh cakap confirm dia gelakkan aku haha.
Apa pun aku bersyukur jumpa balik. Untuk orang lain mungkin duit sebanyak tuh sikit tapi for me it was a lot okay.
Itulah guys antara dugaan hari ini. Actually ada lagi beberapa dugaan kecil tapi it was not something yang aku rasa nak cerita. Anyways, kalau korang baca entry ini thank you so much sebab luangkan masa dengar luahan hati nurani aku hehe.