Perah Otak Buat Artikel Menarik Sampai Stress Tapi Tak Berbaloi?

Buat artikel dekat blog ini stress ke? Kalau main reason kau nak kejar adsense jer memang agak stress. Itu pendapat akulah sebab lately ini (beberapa tahun ini), aku rasa agak stress bila artikel tak banyak views dan adsense pulak ciput . 

Padahal dulu masa awal awal blogging tak ada income langsung, happy jer buat artikel, seronok je buat artikel, rajin je buat artikel tapi bila dah terlalu "income minded" ini terus rasa stress haha.

Bila throwback balik, aku dulu rajin buat entry atau post artikel pengalaman. Kongsikan aktiviti harian apa semua tapi bila dah terlalu fikirkan adsense, aku push diri untuk buat artikel yang boleh menarik orang baca. 

Gambar bunga raya warna merah
Gambar hiasan yang tiada kaitan. 

Kalau boleh nak ada beribu ribu orang baca satu artikel yang aku hasilkan. Bila tak mencapai target mulalah rasa give up and malas nak berblog. Buruk betul perangai hahaha.

Aku ingat lagi, dari buat artikel suka suka sampailah dapat peluang buat income dengan artikel. Dapat job dari client yang mampu bayar beratus ratus untuk satu artikel memang best. 

Sampaikan aku dah stop buat artikel suka suka. Buat artikel job jer sepanjang masa haha. Tak ada artikel untuk job tak buat dah artikel yang tak mendatangkan duit. Lupa dirilah katakan.

Slowly tahun demi tahun, minat aku untuk buat artikel semakin kurang especially bila dah lama tak buat job dengan blog. Now aku nak mulakan balik buat artikel atau posting macam dulu dulu. Just share jer apa yang aku nak share. 

Ada orang baca ke tak, boleh mendatangkan income ke tak, itu bukan fokus utama dah dengan harapan aku boleh dapatkan balik enjoyment yang aku pernah rasa waktu awal awal berblogging dulu, Do it for fun not for income. Kalau dapat job or income tuh kira bonuslah haha. 

Apa yang penting, aku nak stress-FREE. 
Terbaru Lebih lama