10 Content Creator Di Tiktok Kongsi Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kelantan | Artikel untuk kali ini khas buat korang yang tinggal di Kelantan dan korang yang datang bercuti di negeri Kelantan tapi tak tahu nak makan dekat mana.
Salah satu sebab kenapa ramai orang datang berkunjung ke negeri Kelantan adalah makanan. Jadi, tak lengkap rasanya kalau korang datang kelantan tapi tak gunakan masa yang ada untuk terjah kedai atau tempat makan yang ada.
Mencari kedai makan yang sedap di Kelantan atau dimana sahaja korang berada akan mengambil masa yang agak lama. betul tak? Jadi, aku harap dengan adanya artikel ini masa korang untuk mencari lokasi tempat makan best di kelantan akan menjadi cepat dan mudah.
7 Content Creator Tiktok Kongsi Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kelantan
Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada ramai content content di Tiktok berkongsi tentang makanan yang sedap dan best di Kelantan tetapi aku hanya kongsikan sepuluh sahaja. Content Creator yang berada dalam senarai ini adalah antara yang selalu masuk fyp aku hehe.
1. @Shashishu (40.4K Followers)
Sejujurnya akaun Shashishu ini aku baru sahaja discover masa nak buat artikel dan aku straight away interested untuk masukkan dalam list sebab video yang dikongsikan oleh pemilik akaun menarik menurut pendapat aku sebagai penonton. Posting yang dikongsikan oleh Shashishu diminati ramai sehingga mendapat tontonan lebih dari 10 juta untuk satu video sahaja.
2. @aminwildan_ (28.9K Followers)
Salah satu sebab kenapa aku masukkan @aminwildan_ dalam list adalah cara dia buat video tuh sendiri. Aku suka tengok bila ada food reviewer yang directly talks in front of the camera instead of buat voice over dan dia memang betul betul makan depan kamera. Video yang macam ini aku rasa lebih menarik untuk ditonton. Jadi, kalau korang suka this type of video boleh follow pemilik akaun aminwildan.
3. @aakulapar (27K Followers)
Satu benda yang aku suka dengan akaun ini pulak adalah footages yang dia kongsikan dalam video. Kalau tengok je mesti terliur sebab nampak menyelerakan. Video di akaun Aku Lapar menggunakan voice over tetapi intonasi suara yang digunakan sangat energetic membuatkan korang excited untuk teruskan menonton video tersebut.
4. @nadia.masliha (14K Followers)
Akaun Nadia Masliha dengan akaun lain yang berkongsi tentang makanan dekat kelantan ini lebih kurang sama sahaja cuma apa yang aku rasa best adalah dia ada kongsikan harga makanan. Tidak semua video dia kongsikan harga tetapi kebanyakannya ada. Jadi, dengan perkongsian harga ianya lebih memudahkan rakyat marhaen macam kita kira bajet dahulu sebelum pergi.
5. @kulinerkelantan (114.3K Followers)
Macam yang korang tengok, kulinerkelantan adalah antara akaun yang diikuti ramai followers berbanding akaun lain yang aku kongsikan dekat atas. Kulinerkelantan punya style of editing pun actually lebih kurang sama je dengan yang lain tapi apa yang membuatkan akaun ini ramai orang suka maybe sebab posting yang sentiasa uptodate (Pada pendapat akulah).
6. @_tuannatasha (66.1K Followers)
Akaun @_tuannatasha atau pun lebih dikenali dengan nama Asha Suka Makei II ini adalah antara akaun yang aku sendiri suka tengok sebab dia punya style memang agak berbeza dengan yang lain. Kebanyakan video yang dia buat dia akan rakam dan cakap on the spot. Mungkin ada juga content yang dia voice over tapi selalunya video yang masuk fyp aku dia akan makan untuk review dan cakap depan kamera.
7. @nhhaziqah (107K Followers)
@nhhhaziqah atau pun Ceo of maghohh adalah foodie content reactor yang dikenali ramai dikalangan pengguna tiktok yang mencari tempat makan di negeri kelantan. Video yang dihasilkan oleh akaun ini agak simple sebab dia masukkan video dan voice over sahaja tetapi masih mendapat perhatian ramai kerana intonasi suara yang digunakan membuatkan pengguna tiktok ingin menonton video sehingga habis.
Berikut adalah tujuh content creator yang berkongsi tentang makanan best dan menarik di negeri Kelantan. Ada lagi tak content creator lain yang korang boleh suggestkan untuk aku? Kalau ada boleh share dekat bahagian komen.