Promosi Makanan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka 2024

Promosi Makanan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka 2024 | 31 Ogos merupakan salah satu tarikh atau hari yang paling dinantikan oleh semua rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Kemerdekaan. 2024 merupakan sambutan hari Kemerdekaan yang ke 67.

Setiap kali tiba hari Merdeka ramai diantara kita akan meraikannya dengan sangat meriah termasuklah premis makanan diluar sana. 

Kalau korang nak tahu, Banyak premis makanan dan minuman menawarkan promosi menarik untuk kita semua gunakan sempena menyambut hari merdeka 2024. 

Promosi Makanan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka 2024

Senarai Promosi Makanan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka 2024

Berikut adalah senarai penuh premis makanan dan minuman sempena hari merdeka sepanjang bulan ogos 2024.

1. Auntie Anne's Malaysia

 
Sempena Hari Merdeka, Auntie Anne's Malaysia menawarkan enam (6) perisa Happy Stix Together yang menarik untuk korang cuba. Antaranya adalah Roselle Stix, Cinnamon Sugar Stix, Green Tea Stix, Chocolate Mint Stix, Sour Cream & Onion Stix dan juga Coffee Stix. Promosi ini diadakan bermula 01 Ogos sehingga 30 September 2024.

2. Baskin Robbins Malaysia


Kalau korang penggemar aiskrim Baskin Robbins Malaysia boleh ke outlet mereka untuk dapatkan 2nd Single King Ice Cream atau pun Junior Milkshake dengan harga RM6.70 sahaja sempena Hari Merdeka yang ke 67.

3.  US Pizza Malaysia


Buat peminat Pizza diluar sana, Sempena bulan Merdeka ini korang boleh singgah di US Pizza Malaysia dan dapatkan ala carte pizza dengan harga diskaun sebanyak 50% untuk semua jenis pizza yang ada disana! Promosi ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2024.
 

4. Mr Churros 


Satu lagi premis makanan yang turut membuat promosi menarik sempena bulan merdeka adalah Mr. Churros. Korang boleh dapatkan Single Set churros yang didatangkan dengan 8 pieces churros dan 1 dip dengan harga RM7 sahaja. Promosi ini bermula dari 03 Ogos 2024 sehingga 30 September 2024.

5.  Gong Cha Malaysia


Promosi menarik dari Chong Cha untuk bulan kemerdekaan kali ini diskaun untuk minuman kedua sebanyak 67% sempena sambutan hari merdeka yang ke 67. Kalau korang ada kawan kawan yang suka minum Chong Cha boleh datang ke outlet Chong Cha sekarang sebab promosi ini hanya diadakan pada 31 Ogos 2024 sahaja. 

6. Mykori Malaysia


Korang suka makan desserts? Jangan lupa untuk singgah di outlet Mykori sekarang sebab dorang ada promosi best untuk pelanggan mereka sempena bulan kemerderkaan. Korang hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM50 dan korang akan dapat diskaun 31% untuk salah satu menu dari selection Banana Brulee mereka. Promosi ini diadakan dari 23 Ogos 2024 sehingga 15 September 2024.

 7. Boost Juice Malaysia


Mana penggemar minuman dari Boost Juice Malaysia? Sekarang ini sedang berlangsungnya promosi menarik untuk minuman Lyche-lah dinama kalau korang beli salah satu minuman Lyche-lah bersaiz original, korang akan dapat 1 minuman Lyche-lah bersaiz medium dengan harga RM6.70 sahaja. Promosi ini diadakan bermula 29 Ogos 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

8. Jibril 


Merdeka Party Box kembali lagi di JIBRIL dimana dalam box ini mengandungi Salted Egg Butter Squid, Salted Egg Butter Fish, BBQ Chicken Wings, French Fries dan 2 Salt Cola dengan harga RM59.90 sahaja. Promosi ini diadakan dari 15 Ogos 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

9.  Mokky's Pizza


Sempena bulan kemerdekaan kali ini Mokky's Pizza memperkenalkan menu istimewa iaitu The Kerabu Pizza dan Tempeh Melt Sticks yang korang boleh dapatkan bermula 18 Ogos 2024 sehingga 16 September 2024.

10. Me'nate Steak Hub


Sama seperti Mokky's Pizza, Me'nate Steak Hub juga memperkenalkan menu istimewa yang dipanggil Dulang Pertiwi 1957 yang mengandungi pelbagai jenis lauk pauk seperti Nasi Beringin, Ayam Percik Sri Menanti, Kelapa Parut, Ubi Kayu Goreng, Tulang Rusuk Panggan Berempah, Gula Melaka, Sambal Ikan Bilis, Sotong Masak Lemak Cili Api dan juga Lempeng Tepung dengan harga RM140 sahaja. Menu istimewa ini boleh dibeli bermula 8 Ogos 2024 sehingga 16 September 2024.

11. The Manhattan Fish Market


Pada setiap hari jumaat korang boleh dapatkan 2 The Manhattan Fish 'N Chips Dory dengan harga RM31.80 sahaja sempena sambutan bulan kebangsaan. Promosi ini hanya boleh dibeli hari jumaat dari jam 11:00 Pagi hingga 5:00 Petang sahaja. 

12. Kyochon 

Gambar Promosi Kyochon

Laungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka! Saranghaeyo Malaysia" di Kychon dan dapatkan Honey Garlic Boneless Chicken Bites secara percuma. Promosi ini berlangsung dari 31 Ogos 2024 sehingga 6 September 2024.

13. Tealive 


Bermula 23 Ogos 2024 sehingga 1 September 2024, Tealive mengadakan promosi hebat untuk minuman terpilih mereka dimana pelanggan yang datang boleh dapatkan minuman tersebut dengan harga RM6.70 sahaja.

14. Marrybrown


Berita baik untuk penggemar ayam goreng diluar sana, Marrybrown mengadakan promosi merdeka dimana korang boleh dapatkan Rakyat Bucket dengan penjimatan sebanyak 31%. Promo ini diadakan bermula 21 Ogos 2024 sehingga 7 September 2024.

Berikut adalah beberapa syarikat pengendalian makanan dan minuman yang menjalankan promosi dan diskaun menarik untuk pelanggan mereka sempena Hari Merdeka 2024. Sekiranya ada kedai atau outlet yang tersenarai berdekatan dengan korang bolehlah singgah dan nikmati diskaun dan promosi yang telah dibuat. Last but not least, Selamat Hari Merdeka semua!
Terbaru Lebih lama