Dahaga Di Bulan Puasa? Ini adalah 7 Tips Mudah untuk Hilangkan Dahaga pada Bulan Puasa!

Dahaga Di Bulan Puasa? Ini adalah 8 Tips untuk Hilangkan Dahaga pada Bulan Puasa! | Salah satu perkara yang menjadi perhatian sewaktu bulan puasa tiba adalah cuaca. Beberapa minggu lepas terdapat satu berita yang menyatakan bahawa Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering. Sekiranya ia benar benar berlaku kita perlu membuat persediaan lebih lebih lagi pada bulan puasa.

Menerusi artikel kali ini aku nak kongsikan dengan pembaca semua tentang tips untuk menghilangkan rasa dahaga sewaktu bulan puasa bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Menurut laman sesawang USGS, kandungan air yang ada dalam tubuh badan manusia adalah sebanyak 60%. Jika air kurang dalam badan kita akan berisiko mengalamai dehidrasi. 


Antara tanda tanda dehidrasi adalah kulit kering, sakit kepala, dahaga, mulut kering dan banyak lagi. Jadi, sebelum ianya menjadi lebih serious marilah kita sama sama merawat masalah ini supaya kita berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga terutama sekali di bulan ramadhan. 

Gambar segelas air

7 Tips Mudah Untuk Menghilangkan Rasa Dahaga Di Bulan Puasa

Elakkan Minuman Berkafein

Salah satu minuman berkafein adalah kopi. Aku yakin di Malaysia ini sebenarnya ramai peminat kopi. Betul tak? Untuk pengetahuan umum, kafein adalah sejenis diuretik yang boleh meningkatkan pengeluaran air kencing. Jadi, bila kita kerap kencing di bulan puasa tapi tak boleh nak minum air di siang hari ianya boleh menyebabkan kita rasa dahaga. Lagi merisaukan ianya juga boleh mendedahkan kita kepada risiko dehidrasi.

Hindari Minuman Manis/Bergula

Sewaktu sahur disarankan supaya kita semua kurangkan atau mungkin kalau boleh elakkan minum minuman manis sebab minuman yang mengandungi gula boleh membuatkan kita rasa haus sewaktu menjalankan ibadah puasa. Mana boleh nak tahan kan kalau rasa dahaga sepanjang hari.

Minum Air Secukupnya Sewaktu Berbuka Dan Sahur

Kita perlu elakkan minuman berkafein dan hindiri minuman manis tetapi kita masih perlukan air yang mencukupi di dalam tubuh badan. Korang boleh minum air masak atau air suam untuk mengelakkan rasa dahaga. Salah satu cara minum air yang mencukupi di bulan puasa adalah seperti dibawah.
  • Satu gelas selepas azan Maghrib
  • Satu gelas selepas solat Maghrib
  • Satu gelas selepas makan
  • Satu gelas selepas solat Isyak
  • Satu gelas selepas solat Terawih
  • Satu gelas sebelum tidur
  • Satu gelas sewaktu bangun untuk Sahur
  • Satu gelas selepas makan sahur

Dapatkan Rehat Yang Mencukupi

Sewaktu bulan puasa korang perlu mendapatkan rehat yang cukup. Macam mana nak dapatkan rehat yang cukup? Kalau boleh korang kurangkan aktiviti fizikal yang berat untuk mengurangkan risiko kehilangan air dan tenaga. Satu lagi cara adalah dengan mendapatkan tidur yang berkualiti. Bila  dapat tidur yang cukup, korang pun akan lebih bersemangat dan bertenaga untuk lakukan aktiviti harian sewaktu bulan ramadhan.


Pilih Buah Buahan Dan Sayuran Yang Tinggi Kandungan Air

Untuk mengelak dari rasa dahaga atau dehidrasi, korang boleh makan buah buahan atau sayur sayuran kerana sumber air bukan hanya dari minuman sahaja. Korang boleh cuba makan timun, tomato, tembikai dan banyak lagi. 

Kurangkan Pengambilan Garam 

Public Health Malaysia di facebooknya berkongsi bahawa makanan yang tinggi garam boleh menyebabkan kita cepat haus. Jadi, semasa bersahur kita perlu elak mengambil makanan yang tinggi garam. Mengurangkan pengambilan garam bukan hanya baik untuk kita di bulan puasa sahaja malah ianya boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan yang lain seperti darah tinggi.

Guna Pelembap Bibir

Menggunakan pelembap bibir adalah salah satu cara yang korang boleh gunakan untuk hilangkan rasa dahaga. Berpuasa sepanjang hari tanpa minum air membuatkan bibir kita menjadi kering dan ianya boleh membuatkan kita rasa dahaga. Jadi, untuk mengurangkan rasa dahaga korang boleh elakkan bibir kering dengan menggunakan pelembap bibir.

Berikut adalah tujuh tips yang aku nak kongsikan dengan korang semua supaya ibadah puasa kita pada tahun ini akan lebih lancar. Rasa dahaga sewaktu berpuasa memang sangat tidak menyenangkan ditambah lagi dengan cuaca yang semakin hari semakin panas boleh menjejaskan kesihatan kita. Jadi, marilah kita sama sama praktikkan tips diatas untuk elak rasa dahaga di bulan puasa. 
Terbaru Lebih lama