Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah

Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah Kelantan | Untuk segmen Jejak Masjid kali ini aku nak bawa korang jalan jalan dekat Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai yang berada di Tanah Merah Kelantan. Untuk baca artikel lain yang berkaitan dengan masjid masjid yang pernah aku jejak di kelantan boleh klik link dibawah.


Buat korang yang selalu singgah makan di Restoren Tepi Sungai  mesti korang akan nampak Masjid Saidina Osman yang berada betul betul di selekoh jalan sebelum sampai ke restoren tersebut. Masjid Saidina Osman sentiasa dipenuhi oleh jemaah dan banyak program dilaksanakan. Kini masjid tersebut sudah pun dinaiktaraf. 

Untuk pengetahuan korang, Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai mula dinaiktaraf pada bulan April 2021 lagi dengan kos sebanyak RM2.2 Juta. 

Tujuan menaiktaraf masjid ini adalah untuk membaikpulih masjid yang hampir runtuh dan pada masa yang sama ingin memberi keselesaan kepada para jemaah menunaikan ibadah. Bangunan yang dinaiktaraf bukanlah keseluruhannya kerana sewaktu aku pergi ada beberapa bahagian bangunan lama masih dikekalkan. 

Jadi, untuk artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua kawasan yang telah dinaiktaraf oleh Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai. 

Gambar Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Sewaktu sampai di masjid, aku sangat teruja tengok bangunannya yang berwarna putih dan nampak sangat moden. Antara penambahan yang dibuat oleh masjid ini adalah : 
  • Ruang Solat Musaffir Muslimin & Muslimat
  • Ruang Tambahan Solat
  • Ruang 2 bilik Kelas
  • Bilik mesyuarat
  • Tandas Lelaki & Perempuan
  • Bilik Persalinan Bayi
  • Ruang Serbaguna
  • Kolah
Sebelum aku bawa korang melangkah masuk ke dalam masjid, jom aku tunjuk bahagian luar dahulu. Aku tak pasti mana satu depan masjid masjid tapi di tempat yang aku masuk terdapat pejabat pengurusan. 

Aku memang salute dengan pengurusan masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai ini sebab banyak program yang sudah dijalankan oleh mereka. Kalau tak percaya korang boleh ke facebook page masjid ini untuk tengok sendiri program program yang pernah dibuat.

Gambar Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Sekarang aku nak bawa korang ke bahagian yang sangat ketara perubahannya di masjid ini. Bila tengok jer mesti korang akan rasa "cantiknya!" Masih di kawasan luar tapi menarik untuk kita duduk dekat situ sambil tunggu kawan kawan atau family yang belum selesai menunaikan ibadah.

Gambar Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Gambar Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Seterusnya aku nak share bahagian dalam pula. Waktu mula mula aku masuk ke bahagian dalam memang mata ini melilau tengok sebab cantik. Bagi aku cantiklah untuk korang aku tak tahu sebab pendapat setiap orang itu berbeza. Mula mula kita tengok bahagian kolah dulu.

Gambar kolah Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Gambar Kolah Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Kolah yang dibangunkan ini saiz dia tak adalah besar sangat dan tak adalah kecil sangat, kiranya ngam ngam la hehe. Lepas itu untuk korang yang lebih gemar menggunakan paip untuk mengambil wudhuk boleh guna kemudahan tersebut yang berada di sebelah kanan dan kiri kolah. Lagi satu, kalau korang nak tahu dekat masjid ini ada kerusi urut tau.

Kerusi Urut Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Selain kerusi urut, ada beberapa lagi kemudahan lain yang aku jarang nampak ada dekat masjid. Antaranya adalah mesin gedegang dan juga bilik persalinan bayi. Biasanya bilik persalinan bayi ada dekat mall jer kan tapi dekat sini dorang ada sediakan. Memang terbaik!

Bilik Persalinan Bayi Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Bilik Persalinan Bayi Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Sebelum aku bawa korang naik ke tingkat atas, aku akan tunjukkan dahulu tandas lelaki dan perempuan yang Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai bangunkan selepas ianya dinaiktaraf.

Tandas Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Tandas Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Tandas Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Untuk bangunan masjid yang dinaiktaraf ini ada dua tingkat dimana ditingkat atas terdapat beberapa bilik dan ruang solat tambahan yang boleh digunakan oleh jemaah. Bilik yang aku maksudkan adalah bilik mesyuarat dan bilik kuliah. Terdapat juga a little corner yang dorang letakkan penghadang untuk dibuat kelas. 

Bilik mesyuarat Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Gambar Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Sekiranya ada yang ingin menggunakan tandas, ditingkat atas juga disediakan tandas bersebelahan dengan bilik mesyuarat. Bahagian untuk solat tingkat atas tidak dibuka lagi sewaktu aku sampai jadi tak boleh nak tunjuk dekat korang semua tapi apa yang boleh aku tunjuk adalah pemandangan tingkat bawah. 

Pemandangan Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Gambar Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Korang tengoklah siling masjid ini memang canggih betul nampak sangat moden kan. Kalau korang tengok waktu malam lagi cantik bila semua lampu sudah dibuka. Aku pernah nampak dekat tiktok wow betul. Jadi korang, berikut adalah antara yang aku boleh kongsikan tentang bangunan Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai yang sudah dinaiktaraf. 

Aku tak kongsikan bahagian dalam masjid dibahagian bawah sebab keadaan didalamnya masih masa seperti dahulu kerana tempat tersebut masih lagi boleh digunakan dengan baik. InsyaAllah dimasa hadapan nanti bahagian dalam masjid juga akan ditambahbaik lagi. 

Tabung Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai

Selain itu TNB Sub Station, Kiosk, Rumah Pengurusan Jenazah, Homestay dan Dewan Makan juga turut akan dibangunkan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah yang singgah menunaikan ibadah di masjid ini.
Alamat : Tepi Sungai, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Terbaru Lebih lama