Hospital Tanah Merah Kelantan mula beroperasi pada 2 Mei
1985 dan ianya dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan
pada 20 April 1986. Untuk pengetahuan korang, kos pembinaan Hospital Tanah
Merah pada Ketika itu adalah sebanyak RM7.8 Juta.
Selepas bertahun lamanya Hospital Tanah Merah Beroperasi, kini pada tahun 2023 mereka membuat penambaikan yang sangat ketara dimana
bangunan baru telah dibina untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti
untuk penduduk setempat.
Bangunan Baru Hospital Tanah Merah Kelantan atau juga dikenali
dengan bangunan Emerald menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua orang yang
memerlukan perkhidmatan mereka. Berikut adalah kemudahan yang korang boleh
dapatkan di bangunan Emerald Hospital Tanah Merah Kelantan.
Bangunan Emerald Hospital Tanah Merah dilengkapi dengan empat
(4) wad berbeza yang telah dikelaskan mengikut kategori iaitu Wad Perubatan,
Wad Ortopedik, Wad Pembedahan dan Wad Psikiatri. Semua wad yang disenaraikan
adalah untuk kedua dua jantina iaitu lelaki dan Wanita.
Unit Rawatan Rapi (ICU) dan High Dependency Unit (HDW) turut
tersedia untuk digunakan. Selain itu, bangunan emerald Hospital Tanah Merah Kelantan
juga menyediakan 1 Dewan bedah Kecemasan dan 2 Dewan Bedah Elektif.
Untuk perkhidmatan lain korang boleh rujuk jadual yang dikongsikan
dibawah.
No. | Fasiliti | Perkhidmatan |
---|---|---|
1 | Pesakit Dalam |
|
2 | Pesakit Dalam : Perawatan Intensif |
|
3 | Dewan Bedah |
|
4 | Pesakit Luar |
|
5 | Radiologi (Perkhidmatan Waktu Pejabat Sahaja) | Pesakit luar dan dalam Blok Emerald
|
6 | Perkhidmatan Lain |
|
Berikut adalah kemudahan yang ada untuk pesakit. Mana mana pula dengan kemudahan lain yang ada di sekeliling bangunan Emerald Hospital Tanah Merah Kelantan? Jom aku bawa korang jalan jalan di sekitar hospital ini.
Gambar yang aku kongsikan dekat bawah ini adalah area lobi bangunan Emerald Hospital Tanah Merah. Kalau nak drop off atau pick up pun sangat selesa. Gambar satu lagi pula adalah gambar bahagian dalam lobi yang luas dan besar.
Buat korang yang datang ke bangunan baru Hospital Tanah Merah dengan anak anak jangan risau sebab korang boleh duduk dekat kids area yang disediakan oleh pihak hospital. Dekat situ juga akan ada gerai kecil yang menjual makanan sekiranya korang nak breakfast sebab macam macam ada.
Selain gerai kecil yang menjual makanan, di bangunan baru ini juga menyediakan tempat makan seperti kantin tapi buat masa sekarang masih belum beroperasi lagi. InsyaAllah ianya akan beroperasi di masa akan datang untuk memudahkan mereka yang datang untuk membeli makanan.
Untuk tandas pula ada disediakan di dalam bangunan lobi dan luar bangunan lobi. Tandas yang aku maksudkan ini berada ditingkat bawah ya. Tingkat atas aku tak pasti sebab aku lupa nak explore. Kalau nak solat korang boleh ke surau di bahagian luar lobi.
Salah satu benda yang paling aku happy bila bangunan baru Hospital Tanah Merah Kelantan dibuka adalah tempat parking. Kalau dekat bangunan lama dulu aku rasa parking agak limited dan jauh terutama sekali tempat parking yang berada diluar kawasan hospital. Bila dah parking kena naik bukit lagi kan tapi dekat bangunan baru ini sangat teratur dan jumlah parking pun banyak.
Berikut adalah serba sedikit informasi yang aku boleh kongsikan dengan korang tentang Bangunan Baru Hospital Tanah Merah Kelantan. Alhamdulillah dari segi kemudahan itu aku nampak lebih selesa untuk semua pihak. Sekarang ini bila ada dua bangunan hospital, korang call sahaja dorang kalau tak pasti urusan korang perlu dibuat dekat bangunan lama (Sapphire) atau bangunan baru (Emerald).