Apa Yang Menarik Di Ran Thai Mart Cawangan Jelawat Bachok Kelantan

Apa Yang Menarik Di Ran Thai Mart Cawangan Jelawat Bachok Kelantan | Sewaktu Ran Thai Cawangan Jelawat dibuka aku tak buang masa! Start enjin kereta dan bergegas ke sana untuk tengok sendiri apa yang dijual di Ran Thai Mart cawangan Jelawat. 


Walau pun kita semua sudah tahu Ran Thai Mart menjual makanan dan barangan dari negara jiran kita Thailand, Perasaan ingin tahu itu membuatkan aku ke sana dan kongsikan pengalaman sendiri dengan pembaca blog Luqman Zakaria. 

Lokasi Ran Thai Mart Cawangan Jelawat

Untuk pengetahuan semua, Ran Thai Mart cawangan negeri Kelantan berada di Bandar Baru Jelawat. Kalau korang nak tahu Bandar Baru Jelawat dipenuhi dengan beberapa kedai yang menarik selain Ran Thai Mart. Jadi, kalau korang datang ke Ran Thai Mart untuk membeli makanan dari Thailand, boleh singgah di kedai lain juga untuk membeli belah.
Ran Thai Mart Jelawat Bachok Kelantan 
Alamat : Lot 91, Bandar Baru, Jelawat, 16070 Bachok, Kelantan
Waktu Operasi : Setiap Hari, 1130 Pagi - 1130 Malam

Apa Yang Menarik Di Ran Thai Mart Cawangan Jelawat?

Sekiranya korang mencari snacks dari Thailand memang banyak. Snack yang aku tak pernah tengok sebelum ini pun ada dijual dekat Ran Thai Mart. Kalau nak sebut satu satu aku tak tahu nama dia. Apa kata korang tengok sahaja gambar gambar yang sempat aku ambil sewaktu datang ke Ran Thai Mart Jelawat. 









Selain makanan atau snacks, korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis minuman yang ada dijual dekat Ran Thai Mart cawangan Jelawat. 





Tak cukup dengan itu korang boleh beli makanan Ready To Eat! Hanya perlu panaskan dalam microwave selama beberapa minit sahaja dan selepas itu bolehlah makan. Makanan macam ini memang sesuai untuk korang yang tak sempat nak beli makanan sewaktu sibuk bekerja. Kalau korang nak makan cucuk cucuk atau Tomyam pun ada dijual dekat sini.





Berikut adalah antara makanan dan minuman yang korang boleh dapatkan dekat Ran Thai Mart Jelawat Kelantan. Maaflah sekiranya informasi tidak lengkap sebab ada banyak gambar dan video untuk kedai ini hilang disebabkan oleh laptop rosak. Jadi, aku share dengan korang apa yang ada sahaja dalam storage phone. 
Terbaru Lebih lama