Drama Riot! Rebel With A Cause

Drama Riot! Rebel With A Cause | Drama Melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang adalah Drama Riot! Rebel With A Cause. Untuk pengetahuan korang semua, Riot! Rebel With A Cause merupakan drama bersiri Premium Astro Originals.

Drama Riot! Rebel With A Cause yang diarahkan oleh Shamyl Othman ini akan bersiaran pada setiap hari jumaat jam 9:00 malam menerusi Saluran Astro Premier bermula 22 September 2023. 

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Riot! Rebel With A Cause secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Drama bersiri 10 episod terbitan Astro Shaw ini dibintangi oleh Mia Sara Shauki, Aniq Durar, Tami Anadan dan Nelissa Nizam sebagai teraju utama. Selain itu, drama ini juga turut dijayakan oleh beberapa pelakon lain seperti Nia Natasha, Amanda Ang, Sue Tan, Megat Ali, Sarimah Ibrahim, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

Informasi Ringkas Tentang Drama Riot! Rebel With A Cause

Tajuk Drama : Riot! A Rebel With A Cause
Saluran : Astro Premier/ Astro GO
Tarikh Tayangan : Bermula 22 September 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Jumaat, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Shamyl Othman
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd 
Pelakon : Mia Sara Shauki, Aniq Durar, Tami Anadan, Nelissa Nizam, Nia Natasha, Amanda Ang, Sue Tan, Megat Ali, Sarimah Ibrahim, Rashidi Ishak, Nasir Alaydrus, Iedil Dzuhrie Alaudin, Uyaina Arshad, Rahim Omar, Dee Dee A'iene dan ramai lagi


Sinopsis Drama Riot! Rebel With A Cause

Drama ini mengisahkan tentang empat orang sahabat iaitu Kristy, Wid, Sal dan Feeqi yang cuba untuk memberi kesedaran tentang isu gangguan seksual. Mereka menubuhkan satu band yang diberi nama Langkah Mayat untuk merealisikan niat mereka dengan menyanyikan muzik protes untuk menyuarakan keadilan mangsa mangsa gangguan seksual.

Dalam perjalanan untuk melakukan perkara tersebut, mereka berhadapan dengan dugaan lain yang menguji persahabatan. Ada pelbagai kejutan dan rahsia gelap muncul yang memberi impak kepada mereka. 
Terbaru Lebih lama