Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Sedap bawah RM100 Di Jewels Hotel Kota Bharu | Hai korang! Buffet ramadhan dekat kelantan ini kebanyakannya bawah RM100. Jadi, kalau korang nak cari buffet ramadhan yang murah dekat kota bharu memang sangat mudah. Untuk artikel kali ini aku nak share buffet ramadhan dekat Jewels Hotel Kota Bharu pulak.
Buffet Ramadhan Sajian Warisan di Jewels Hotel Kota Bharu Kelantan
Buffet ramadhan Sajian Warisan yang diadakan di Jewels Hotel Kota Bharu Kelantan menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Kelantan yang berkonsepkan sederhana mewah. Buffet ramadhan dekat sini akan memberikan pengalaman yang menarik dan tidak membosankan kepada pelanggan yang datang kerana mereka akan menyediakan 4 menu berbeza setiap hari.
Antara menu yang bakal dinikmati oleh pelanggan pada bulan ramadhan kali ini adalah Ekor Asam Pedas, Ikan Keli Percik, Gulai Ikan Masin bersama Nenas, Gulai Tempoyak, Udang Masak Pedas, Ayam Lemon, Sup Urat Keting, Roasted Chicken, Laksa Penang, Spaghetti Carbonara, Mushroom Soup dan banyak lagi.
Buffet ramadhan di Jewels Hotel Kota Bharu Kelantan juga menyediakan makanan yang dimasak secara live seperti Mi Goreng dan juga Kambing Bakar. Ya betul korang! Walau pun harga buffet ramadhan dekat sini murah tetapi korang masih boleh menikmati kambing bakar yang dimasak sendiri oleh chef mereka.
Menikmati makanan seperti nasi bersama lauk pauk pastinya tidak lengkap tanpa ulam ulaman. Betul tak? Kalau korang datang berbuka puasa disini, mereka menyediakan beberapa jenis ulam ulaman yang menyelerakan seperti aneka kerabu, solok lada, ikan masin, telur masin dan banyak lagi.
Untuk sempurnakan lagi menu buffet ramadhan Sajian Warisan di Jewels Hotel Kota Bharu Kelantan, mereka menyediakan pencuci mulut yang pelbagai seperti Kuih Peria, Cara Berlauk, onde onde, Kuih Talam, Aneka Jeruk, Nana Manis, ABC dan banyak lagi untuk santapan mereka yang datang berbuka puasa di sini.
Harga Buffet Ramadhan Sajian di Jewels Hotel Kota Bharu Kelantan
Mesti korang tertanya tanya berapa harga buffet ramadhan di Jewels Kota Bharu Kelantan ini kan? Untuk pengetahuan semua, Harga yang dikenakan bagi mereka yang ingin berbuka puasa disini adalah RM65nett Dewasa dan RM35nett Kanak Kanak.
*Tarikh Buffet ramadhan Selera Kampung 25 Mac 2023 - 21 April 2023
Buffet Ramadhan Sajian Warisan
Jewels Hotel Kota Bharu Kelantan
Lot 1159 & 1162, Seksyen 11,
Jalan Maju, 15000 Kota Bharu
Harga
RM65nett Dewasa
RM35nett Kanak Kanak
Sebarang pertanyaan dan tempahan
Nombor Telefon : +6097474788/+60148389604
Website