Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan | Sekarang banyak betul kedai makan yang viral di kelantan contohnya roti wap di Pasir Tumboh, roti bakar lengend di Rantau Panjang dan untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Roti Golok Viral di Kota Bharu Kelantan.
Untuk pengetahuan korang, kedai Roti Golok ini berada di belakang Sekolah Kebangsaan Zainab di jalan Tengku Mohd Maasum. Dorang bukan hanya menjual roti golok tetapi beberapa jenis roti lain juga yang sangat menarik untuk dicuba. Berikut adalah senarai roti yang dijual di kedai roti golok kota bharu kelantan.
- Roti Golok RM3
- Donut Besar RM3
- Donut mini RM1 - 2 Biji
- Roti Sardin RM3
- Roti Sosej RM3
Pada pendapat aku harga yang dikenakan untuk setiap roti yang dijual sangat murah dan berpatutan sesuai dengan portion roti tersebut. Harga semuanya sama iaitu RM3 kecuali donut mini yang dijual dengan harga RM2 sahaja untuk 2 biji.
Selepas mencuba sendiri roti golok dan dan roti sardin yang dijual disini barulah aku tahu kenapa ianya viral. Rasa untuk kedua duanya sangat sedap. Rotinya sangat gebu dan lembut. Portion sambal yang diletakkan didalam roti sardin juga sangat banyak. Buat korang yang berminat untuk mencuba sendiri boleh rujuk informasi dibawah.
Roti Golok Kota Bharu Kelantan
Alamat : Jalan Tengku Mohd Maasum, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, KelantanWaktu Operasi : 12 Tengah hari hingga 6:00 Petang, Setiap hari kecuali JumaatNombor Telefon : 019-7378208