Mini Cakoi legend di bandar Tanah Merah Kelantan | Di kelantan orang panggil Chakuih! Kalau sebelah luar orang panggil cakoi lah kan? ke ada nama lain lagi untuk makanan ini? Kalau ada korang boleh share dekat bahagian komen. Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang kedai mini chakuih/mini cakoi yang sedap di Tanah Merah Kelantan.
Kedai mini cakoi di jalan tasek bandar Tanah Merah Kelantan ini merupakan satu satunya kedai cakoi yang dikenali ramai. Aku yakin penduduk Tanah Merah pastinya sudah tahu tentang kewujudan mereka.
Setiap kali kitorang (family) nak makan cakoi, kedai inilah yang kami cari sejak dari zaman aku kecil lagi sebab itulah aku cakap kedai cakoi di Tanah Merah ini kedai legend. Ianya sudah lama wujud dan sekarang generasi berbeza yang menjual cakoi di kedai tersebut. Kalau dulu mak ayah yang meniaga sekarang anak anaknya pula yang mengambil alih.
Alhamdulillah anak anak mereka nak ambil alih kalau tak mungkin kedai ini dah tak wujud sekarang ini kan. Jadi, selagi masih ada peluang untuk makan cakoi legend ini kita manfaatkan dengan sebaiknya hehe. Buat korang yang belum pernah cuba, dorang menjual mini cakoi ini dengan harga yang sangat berpatutan iaitu 7 biji RM1. Selalunya kalau peminat mini cakoi legend ini dorang mesti beli banyak.
Cakoi ini biasanya dimakan dengan sos pandan kan yang warna hijau tuh. Sama juga dengan mini cakoi yang dijual disini dimana dengan setiap pembelian korang akan diberikan sos pandan tetapi selalunya kalau dapat sos pandan tuh aku tak makan pun sebab tak sempat nak makan dengan sos dah habis cakoi dulu hehe. Makan macam tuh pun dah sedap korang kalau macam panas panas.
Buat korang yang nak mencuba sendiri mini cakoi legend di Tanah Merah Kelantan boleh singgah kedai dorang yang dibuka setiap hari kecuali hari jumaat jam 2:00 Petang sehingga 7:00 Petang di Jalan Tasek Tanah Merah Kelantan.
Informasi Kedai Mini Cakoi Legend Tanah Merah Kelantan
Alamat : No B103, Kedai Majlis Daerah, Jalan Tasek, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan*Kedai mini cakoi ini berdekatan dengan stesen bas berhenti berhenti dalam bandar Tanah Merah.Waktu Operasi : Selepas zohor 2:00 Petang hingga 7:00 Petang, Setiap hari kecuali Jumaat