Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan | Untuk segmen jejak masjid kali ini aku nak bawa korang ke Masjid Muhammadi yang terletak di tengah tengah bandar Kota Bharu. Masjid ini menjadi tumpuan ramai termasuklah penduduk setempat dan mereka yang berkunjung ke Kota Bharu untuk menunaikan solat.
Untuk pengetahuan korang, Masjid Muhammadi Kota Bharu adalah antara masjid yang cantik di Negeri Kelantan. Ianya dijaga dengan sangat baik sehingga sekarang. Penambahbaikan juga sentiasa dilakukan untuk memberi keselesaan kepada mereka yang datang berkunjung dan menggunakan masjid ini ketika berada di Kota Bharu.
Masjid Muhammadi Kota Bharu juga dikenali dengan Masjid Besar Kota Bharu yang mula dibina pada tahun 1867. Menurut laman sesawang MAIK, Masjid ini asalnya adalah sebuah masjid kayu yang terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh, sebelum dipindahkan dari tapak asalnya kerana ancaman banjir yang sering berlaku. Selepas itu bangunan baru dibina pada tahun 1961 bagi menggantikan bangunan sedia ada.
Ini adalah bahagian luar pagar Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan. Kali pertama aku ke bahagian hadapan masjid ini memang sangat teruja bila tengok keadaannya sangat cantik dan luas. Sebelum ini aku hanya pernah masuk ke masjid Muhammadi Kota Bharu dari pintu belakang sahaja dimana ianya sangat sesak dan sedikit sempit.
Dibahagian hadapan masjid sangat selesa dan ruang parking kereta juga sangat banyak. Jadi, kalau korang datang ke Masjid Muhammadi Kota Bharu boleh masuk dari bahagian hadapan. Jom aku kongsikan gambar parking kereta dekat bahagian depan masjid.
Kemudahan parking yang macam ini sangat diperlukan dekat Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan sebab ramai umat islam yang tinggal berdekatan akan singgah di masjid untuk menunaikan solat lebih lebih ketika ada majlis keagamaan dilakukan. Untuk makluman korang, masjid ini mampu memuatkan seramai 2400 ahli jemaah dalam satu masa. Jadi, kawasan parking yang banyak sangat penting untuk mengelakkan kesesakan.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pagar masjid, korang akan nampak dataran yang sangat besar dan luas sebelum sampai ke bangunan utama. Dekat sini dorang letakkan banyak kerusi untuk kita duduk dan bersantai. Aku rasa kalau waktu malam lebih cantik dan selesa sebab malam akan ada lampu dan keadaan pada waktu malam lebih sejuk. Sekarang jom kita tengok keadaan luar bangunan masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.
Seperti yang aku cakap awal awal tadilah, Masjid ini walaupun sudah lama beroperasi ianya masih dijaga dengan sangat baik. Dataran yang aku kongsikan tadi pun sebenarnya baru sahaja siap direnovasi untuk kemudahan pengguna. Bahagian luar kita dah tengok, macam mana pula dengan bahagian dalam masjid?
Keadaan dalam masjid pun sangat cantik dan selesa. Gambar yang aku kongsikan dalam artikel ini adalah bahagian dalam untuk muslimin sahaja. Kalau untuk muslimat tuh tak boleh nak kongsikan sebab waktu aku pergi ini orang tengah bersedia untuk solat zohor.
Buat korang yang belum pernah datang ke Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan bolehlah singgah solat dekat sini selepas ini sebab ruang parking yang disediakan sangat besar dan luas, keadaan masjid pun masih terjaga dengan baik dan korang juga boleh santai santai dekat dataran selepas menunaikan ibadah.
Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan
Alamat : D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, KelantanNombor Telefon : 09-744 6495