Kedai tomyam baru di Tanah Merah Kelantan, Manda Tomyam | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua kedai tomyam yang baru sahaja dibuka di Tanah Merah Kelantan. Kedai tomyam yang aku maksudkan adalah Manda Tomyam yang terletak berhadapan dengan bangunan BeuHerbs HQ.
Macam yang korang tengok dalam gambar, kedai Manda Tomyam ini tak besar dan belum ada tempat untuk makan dekat situ. Jadi, buat pelanggan yang nak datang buat masa sekarang korang kena take away.
Waktu pertama kali singgah dekat sini aku order Maggie Mix Tomyam dimana dorang akan letak dua jenis lauk iaitu udang dan ayam. Bagi korang yang tak suka makan udang boleh order ayam sahaja dan sebaliknya. Untuk sayur sayuran pulak dorang letak cendawan enoki dan cendawan jerami atau straw mushroom.
Bagi pendapat aku, puas hati makan dekat sini sebab lauk yang dorang letak memang banyak. Tiga ekor udang boleh tahan besar juga dan lauk lain macam ayam dan cendawan pula dorang akan timbang dahulu sebelum letak. Jadi, kuantitinya akan sama setiap kali kita order.
Bila dah tengok gambar maggie tomyam ini mesti korang tertanya tanya tentang harga. Betul tak? Jangan risau sebab aku akan kongsikan semua informasi yang korang perlukan dalam artikel ini. Harga untuk maggie mix tomyam macam yang aku order ini adalah RM19. Dekat bawah ini ada senarai harga untuk tomyam yang dijual di Manda Tomyam Tanah Merah Kelantan.
Kalau korang tak nak makan dengan maggie, ada beberapa pilihan lain seperti nasi, mee, bihun, kuey teow atau boleh dipesan secara ala carte.
Untuk korang yang berminat untuk mencuba sendiri tomyam di Manda Tomyam Tanah Merah Kelantan boleh rujuk informasi berkaitan dengan lokasi, sosial media dan cara untuk menghubungi kedai mereka seperti yang tertera.
Manda Tomyam Tanah Merah Kelantan
Alamat : LOT 5820, Kampung Belimbing, 17500 Tanah Merah, Kelantan
*Kedai Manda Tomyam ini lokasi dia di jalan tanah merah - pasir mas. Kalau korang datang dari bandar tanah merah kedai Manda Tomyam berada di sebelah kanan berdekatan dengan shell dan sekolah kebangsaan belimbing.Waktu Operasi : 11 Pagi sehingga 6:30 Petang Setiap Hari kecuali Jumaat
No. Tel : 0164544482
Facebook : Manda Tomyam
Tiktok : @manda_tomyam
Instagram : @mandatomyam_official