Abe Mat Burger Viral Di Batu 11 Tanah Merah Kelantan | Buat penggemar burger diluar sana, ini adalah artikel berkenaan dengan kedai burger yang dikenali ramai di Batu 11 Tanah Merah Kelantan iaitu Abe Mat Burger Batu 11. Baru baru ini aku berkesempatan untuk singgah di kedai Abe Mat Burger Batu 11 untuk mencuba sendiri selepas diperkenalkan oleh kawan kawan.
Macam yang korang tengok dalam gambar, inilah kedai burger abe mat batu 11 Tanah Merah Kelantan. Kedai dia tak besar tapi kemas dan bersih. Buat korang yang suka makan sayur aku suggest korang datang kedai burger ini. Kalau korang tengok portion sayur yang dia letak memang betul betul puas hati. Tak caya? Tengok gambar dekat bawah.
Banyak kan? Orang yang datang ke kedai burger abe mat ini kebanyakannya berpuas hati dengan portion yang dia letak. Setiap hari jumlah burger yang perlu disiapkan memang banyak. Kalau korang nak datang cuba boleh hubungi abe mat terlebih dahulu. Korang nak order dulu pastuh nanti dah siap datang ambil pun boleh. Nanti aku share nombor telefon dekat penghujung artikel.
Satu lagi sebab kenapa orang suka datang beli burger dekat sini adalah kerana harganya yang berpatutan. Aku sendiri order burger daging double special harganya cuma RM8.50. Untuk harga burger lain korang boleh rujuk gambar seperti yang tertera.
Abe Mat Burger Batu 11
Lokasi kedai burger abe mat batu 11 tak ada alamat tepat yang aku boleh share tapi aku akan bagitau korang landmark dan tempat yang berdekatan dengan kedai burger ini. Kalau korang dari Tanah Merah menghala ke Jeli, sampai sahaja dekat Petronas Batu 11 berhampiran cabang Kemahang tuh korang pergi kedepan lagi korang akan nampak kedai burger abe mat di sebelah kiri berdekatan dengan Puncak Inn.
Waktu Operasi : Setiap Hari, Jam 4 Petang hingga 11 Malam.
Nombor Telefon : 013-7424701