Roti Bakar Legend Sedap Di Rantau Panjang Kelantan | Sempoi Dessert And Drink

Kedai Dessert Sedap Di Rantau Panjang Kelantan |  Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu kedai dessert yang menarik di Rantau Panjang Kelantan iaitu Sempoi Dessert and Drink. Dekat sini korang boleh mencuba pelbagai jenis roti bakar yang dibakar menggunakan dapur arang, aiskrim dan juga beberapa jenis minuman coconut shake. 

gambar kedai Sempoi Dessert And Drink di rantau panjang kelantan

Macam inilah keadaan di Sempoi Dessert and Drink. Kedai dia tak besar pun tapi macam macam ada. Depan kedai ini ada satu kedai makan popular di Rantau Panjan iaitu Dee Somtam. Kalau korang datang makan dekat Dee Somtam pun boleh jer nak pesan apa apa makanan dekat Sempoi Dessert and Drink nanti dorang akan hantarkan ke meja. 

Menu Menarik Di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

Sempoi Dessert and Drink menyediakan pelbagai jenis roti bakar yang menarik untuk dicuba oleh pelanggan dorang contohnya roti bakar legend, roti cheese rancak, roti kaya pandan, roti bakar volcano dan banyak lagi. korang boleh rujuk gambar dan jadual dibawah untuk tengok senarai roti bakar yang ada dekat sini bersama dengan harga sekali.

gambar menu dan harga di Sempoi Dessert and drink rantau panjang kelantan

gambar menu dan harga di Sempoi Dessert and drink rantau panjang kelantan

*gambar tak nampak sangat nama dan harga, jadi korang boleh tengok jadual dibawah.
No. Senarai Makanan Harga
1 Roti Pisang Caramel
RM8
2 Roti Foi Thong (Jala Emas) RM8
3 Roti Bakar Volcano
RM10
4 Roti Cheese Rancak
RM10
5 Mix Toast
RM10
6 Roti Lotus Biscoff RM10
7 Roti Kaya Pandan RM7
8 Roti Oreo + Cornflakes RM7
9 Roti Bakar Legend 
(Marjerin + Susu + Gula)
RM5
10 Roti Bakar Choc + MiloRM7
11Roti Pisang RM7
12 Roti Oreo + Whipped Cream RM6

Selain roti bakar, Sempoi Dessert and Drink ada menjual beberapa jenis aiskrim dan coconut shake. Korang mesti pening nanti kalau datang sini tengok menu sebab tak tahu nak pesan apa. Jom kita tengok menu untuk aiskrim dan air kelapa yang ada disini.

gambar menu dan harga di Sempoi dessert and drink rantau panjang kelantan

Banyak betul pilihan aiskrim dekat sini. Aiskrim basic yang bekas kecil pun harga dia cuma RM3 Sahaja dan korang boleh tambah topping. Dekat sini bukan roti bakar legend sahaja yang ada, aiskrim legend pun ada juga dimana dorang akan tambahkan pulut dan kacang. Boleh pilih nak beli yang kecil atau yang besar. 

Tak nak makan aiskrim? Korang boleh pesan minuman berasaskan kelapa. Sempoi Dessert and Drink menyediakan air kelapa biasa dengan harga RM2 sahaja untuk gelas yang kecil dan RM4 untuk gelas besar. Kalau korang nak cuba minum air kelapa dengan lemon pun ada. Rasa dia sangat refreshing lebih lebih lagi minum waktu panas. 

Selain itu, korang boleh mencuba coconut shake yang pelbagai seperti hawaiian, hawaiian special, leleh, leleh special dan juga lotus. Oh yer, ada lagi beberapa menu yang korang boleh cuba dekat sini iaitu Pang Yen.

gambar harga dan menu di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

Sewaktu aku datang ke Sempoi Dessert and Drink memang rambang mata tak tahu nak beli yang mana dan akhirnya aku memilih roti bakar legend yang menjadi salah satu menu popular yang diminati ramai. 

Bagi pendapat aku, roti bakar dekat sini rasanya lebih sedap berbanding kita bakar sendiri dirumah menggunakan toaster elektrik sebab di Sempoi Dessert and Drink menggunakan dapur arang menjadikan ianya lebih authentic. Samalah macam kita bakar ayam, kalau bakar menggunakan dapur arang lebih sedap berbanding bakar menggunakan air fryer dekat rumah. 

gambar roti yang dibakar menggunakan dapur arang di kedai sempoi dessert and drink rantau panjang kelantan

Selain roti bakar legend aku sempat ambil gambar untuk dua lagi menu lain yang dorang sediakan sewaktu aku dekat sana iaitu roti foi thong (jala emas) dan roti pisang caramel termasuklah juga aiskrim baba. Korang boleh tengok gambar dibawah. 

Aiskrim baba di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

roti bakar legend di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

roti foi thong di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

roti pisang caramel di Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

Memang terliur tengok kan tapi sampai sekarang aku terfikir fikir macam mana agaknya rasa roti bakar foi thong tuh sebab aku tak pernah makan jala emas. lepas tuh dorang letakkan whipped cream sekali. Mungkin kena pergi lagi sekali untuk cuba roti foi thong dan juga aiskrim baba legend hehe. 

Buat korang yang berminat untuk datang dan cuba sendiri makanan dan minuman yang dijual Sempoi Dessert and Drink boleh rujuk informasi tentang lokasi dorang dibawah.

Sempoi Dessert and Drink Rantau Panjang Kelantan

Alamat : kalau nak datang sini, korang boleh cari Dee Somtam melalui google maps atau waze sebab kalau taip nama kedai dorang memang tak jumpa. Korang cari jer Dee Somtam dan korang akan nampak kedai Sempoi Dessert and Drink di sebelah kedai Dee Somtam. 

Waktu Operasi : Jam 12:00 Tengahari hingga Jam 7:00 Petang
Terbaru Lebih lama