Apa Yang Menarik Di Pasar Tani Ayer Lanas Kelantan | Dalam artikel kali ini aku nak bawa korang ke Pasar Tani Ayer Lanas, Jeli Kelantan. Ini merupakan pengalaman aku pertama kali menjejakkan kaki ke Pasar Tani Ayer Lanas selepas sekian lama tak ke sana. Kalau korang nak tahu Pasar Tani Ayer Lanas dibuka pada setiap hari Jumaat pada waktu pagi sehingga jam 1 Tengah hari.
Aku ke Pasar Tani Ayer Lanas Jeli Kelantan seawal jam 8 pagi dimana dorang masih lagi bersiap sedia dengan kelengkapan untuk mula berniaga. Bagi yang menjual makanan pula dorang dah mula memasak makanan yang ingin dijual. Selepas itu barulah orang semakin ramai datang ke pasar ini untuk membeli belah. Jadi, aku rasa jam 8:30 pagi atau jam 9:00 pagi adalah waktu yang sesuai untuk korang datang ke sini.
First sekali kita nak tengok dekat area barang basah sebab selalunya orang datang ke pasar pagi untuk beli barang basah macam ikan dan juga ayam kan. Lepas tuh beli barang barang untuk masak macam sayur sayuran dan buah buahan. Korang kalau datang sini boleh dikatakannya semuanya ada.
Selepas dah selesai membeli barang barang basah korang boleh ke bahagian menjual makanan. Dekat Pasar Tani Ayer Lanas Jeli Kelantan ada banyak jenis makanan yang dijual. Aku sendiri yang pergi ini taktaulah berapa kali pusing tapi masih tak tahu nak beli apa sebab pilihan banyak sangat. Korang tengoklah sendiri gambar gambar yang sempat aku ambil untuk dikongsikan dengan korang.
Macam manalah tak rambang mata kalau macam ini kan korang hehe. Selain barang basah dan makanan, korang juga boleh membeli belah pakaian dan barang barang kelengkapan diri. Untuk bahagian tersebut aku tak explore sangat sebab sibuk dengan makanan haha.
Jadi, kalau korang datang jalan jalan kelantan terutama sekali di Jeli Kelantan korang boleh datang singgah dekat Pasar Tani Ayer Lanas Jeli Kelantan yang berada berdekatan dengan jalan besar sahaja. Seperti yang aku maklumkan pada awal artikel, Pasar Tani Ayer Lanas Jeli Kelantan dibuka pada hari jumaat sahaja.
Pasar Tani Ayer Lanas Jeli Kelantan
Alamat : Kampung Ayer Lanas, 17700 Ayer Lanas, Kelantan*korang boleh waze "Pasar Tani Ayer Lanas" jer senang nanti terus sampai sini.Waktu Operasi : Aku tak pasti seawal mana tapi jam 8 pagi dah ada orang meniaga dan ditutup lebih kurang jam 1 Tengahari sebab hari jumaat kan orang nak solat jumaat pulak.