Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan | Hai korang! Dalam segmen jejak masjid kali ini aku nak bawa korang ke Masjid Al-Ismaili yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Daerah Wakaf Baru. Selain Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan, Masjid Al-Ismaili juga merupakan salah satu masjid cantik yang berada di Negeri Kelantan.
BACA SINI : Masjid cantik di Kota Bharu, Masjid Muhammadi
Gambar Masjid Al-Ismaili yang aku kongsikan ini diambil dari belakang, Aku ingatkan ini bahagian depan rupa rupanya bukan. InsyaAllah nanti kalau ada peluang untuk datang lagi aku akan singgah dan ambil gambar bahagian hadapan pulak okay.
Masjid Al-Ismaili diambil sempena nama Sultan Ismail Petra yang dibina di atas tanah rizab masjid seluas 1.112 ekar. Masjid ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti dewan serbaguna, klinik wakaf, ruang mesra kanak kanak, pejabat pusat pembangunan sosial dan juga rumah kakitangan masjid.
Lokasi masjid juga sangat strategik kerana ianya berada di persimpangan utama jalan yang menghubungkan jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas. Di sekeliling masjid juga dipenuhi dengan kemudahan seperti kedai kedai, stesen minyak, pasaraya dan sekolah.
Bahagian dalam masjid boleh tahan besar juga sebenarnya. Ada dua tingkat lagi! Kalau korang nak tahu Masjid Al-Ismaili mampu memuatkan seramai 1500 jemaah pada satu satu masa. Masjid ini mula beroperasi sejak dari tahun 2014 lagi dan alhamdulillah ianya masih dalam keadaan yang cantik dan sewaktu aku datang, ada beberapa pekerja yang sedang membaikpulih keadaan masjid.
Untuk pengetahuan korang, Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan ada sejarahnya yang tersendiri dan menarik untuk dikongsikan dengan semua pembaca. Masjid ini dibini berteraskan Tema 5. Apa itu Tema 5?
Seperti yang kita tahu, rukun islam ada lima semuanya. Jadi, tema 5 adalah berdasarkan rukun islam. Ianya juga boleh dilihat melalui bangunan masjid ini sendiri dimana ianya dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga, hiasan dinding, tapak kubah dan juga dengan kolah pancur berbucu lima.
Menariknya juga tentang Masjid Al-Ismaili, ia dipagari oleh eman kubah yang melambangkan rukun iman.
Jadi, buat korang yang belum pernah ke Masjid Al-Ismaili sebelum ini bolehlah singgah untuk menunaikan solat dekat sini dan tengok sendiri rekabentuk masjid yang berteraskan Tema lima ini. Untuk informasi masjid berkaitan dengan alamat korang boleh rujuk maklumat dibawah.
Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
Alamat : Bandar Baru Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, KelantanNombor Telefon : 09-719 2526Email : mbkj_alismaili@e-maik.my