Ibis Style Kota Bharu Menawarkan Buffet Ramadhan Bawah RM100 Yang Murah Dan Sedap

Ibis Style Kota Bharu Menawarkan Buffet Ramadhan Yang Murah Dan Sedap bawah RM100 | Sekiranya korang sedang mencari buffet ramadhan yang menawarkan harga murah di sekitar Kota Bharu Kelantan dan pada masa yang sama sedap untuk dinikmati, Ibis Style Kota Bharu Kelantan adalah salah satu lokasi berbuka puasa yang wajib dikunjungi.

gambar makanan buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Buffet Ramadhan Selera Kampung di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Buffet ramadhan yang berkonsepkan Selera Kampung yang diadakan di Streats Cafe aras P Ibis Style Kota Bharu Kelantan pasti akan menjadi tumpuan orang ramai kerana mereka menyediakan lebih 100 jenis menu masakan tradisional melayu ala-kampung dari seluruh Negeri di Malaysia yang sedap dan menepati citarasa orang melayu kita.

gambar makanan buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Buffet ramadhan Selera Kampung Di Ibis Style Kota Bharu akan memberikan pengalaman yang menarik dan tidak membosankan kepada pelanggan yang datang kerana menu yang disediakan oleh mereka berbeza setiap hari. Antara menu istimewa yang bakal dinikmati oleh pelanggan pada bulan ramadhan kali ini adalah  adalah  Ayam Percik Kelantan, Kambing GolekGulai Tempoyak Ikan Patin, Siakap Masam Manis, Gulai Kawah Kelantan, Sup Gearbox Kambing, Itik Kerutuk, Daging Kurma dan Sambal Tempe Ikan Bilis. *Kambing Golek akan dihidangkan setiap hari

Gambar Kambing Golek di Buffet ramadhan Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Gambar gulai kawah Kelantan dalam senduk di buffet ramadhan Ibis Style Kota Bharu Kelantan

gambar sup gearbox buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Bagi memeriahkan lagi buffet ramadhan yang berkonsepkan Selera Kampung ini, Ibis Style Kota Bharu Kelantan turut menyediakan beberapa jenis pilihan nasi seperti Nasi Minyak, Nasi Mendi, Nasi Beriyani, Nasi Arab dan Nasi Tomato. Seperti yang dimaklumkan pada awal artikel, menu buffet ramadhan berbeza setiap hari dan pada waktu kunjungan aku ke sini mereka menyediakan Nasi Arab yang sangat menyelerakan apabila dimakan bersama Gulai Kawah Kelantan yang disediakan oleh pasukan Chef Hisyam.

Gambar Nasi Arab dalam periuk besar di buffet ramadhan ibis style Kota Bharu Kelantan

Selain itu terdapat beberapa jenis lauk pauk lain lagi yang pasukan Chef Hisyam sediakan untuk pelanggan mereka. Antara menu yang boleh dinikmati sekiranya korang datang pada hari jumaat sewaktu buffet ramadhan dijalankan di Ibis Style Kota Bharu kelantan adalah Wok Fried Lala, Telur Ikan Tumis Kunyit, Peria Goreng, Udang Masak Labu, Daging Kicap, Ayam Goreng Perencah dan juga Kari Kepala Ikan.

Wok Fried Lala dan Telur Ikan Tumis Kunyit di buffet ramadhan ibis style kota bharu kelantan

gambar peria goreng di Buffet ramadhan Ibis Style Kota Bharu Kelantan

gambar Udang Masak Labu Buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Gambar makanan buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Korang akan rambang mata untuk pilih makanan apa yang ingin dicuba sewaktu berbuka puasa di Ibis Style Kota Bharu Kelantan pada tahun ini kerana menu yang disediakan memang banyak walaupun harga yang ditawarkan untuk buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu sangat murah dan berpatutan.

Tidak cukup dengan lauk pauk yang pelbagai, mereka juga menyediakan menu pembuka yang menepati tema selera kampung seperti Kerabu Mangga, Kerabu Nangka, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Perut, Kerabu Pucuk Paku dan pelbagai jenis ulam ulaman serta salad hijau yang untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan kawan sewaktu berbuka puasa disini. 

Gambar kerabu mangga di Buffet ramadhan Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Gambar kerabu mangga di Buffet ramadhan Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Gambar ulam ulaman di Buffet ramadhan Ibis Style Kota Bharu Kelanta

Untuk melengkapkan lagi menu buffet ramadhan Selera Kampung di Ibis Style Kota Bharu Kelantan, mereka meyediakan pencuci mulut tradisional seperti Bunga Tanjung, Kuih Tahi Itik, Jala Emas, Akok, Pengat Pisang, Sira Pisang dan beberapa jenis pencuci mulut yang lain beserta buah buahan untuk santapan mereka yang datang berbuka puasa di sini.

Gambar Pencuci Mulut di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Gambar Pencuci Mulut di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Harga Buffet Ramadhan Selera Kampung di Ibis Style Kota Bharu Kelantan

Mesti korang tertanya tanya berapa harga buffet ramadhan di Ibis Style Kota Bharu Kelantan ini kan? Untuk pengetahuan semua pembaca blog luqman zakaria, Harga yang dikenakan bagi mereka yang ingin berbuka puasa disini adalah RM79nett Dewasa dan RM39nett Kanak Kanak dan Warga Emas. 

*Tarikh Buffet ramadhan Selera Kampung 24 Mac 2023 - 21 April 2023

Pada pendapat aku ianya sangat murah dan kualiti makanan juga cukup memuaskan. Personally, aku suka daging golek dan daging gulai kawah yang mereka sediakan.Sekiranya korang ingin membuat tempahan, boleh rujuk informasi yang aku sertakan dekat bawah ini. Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua yang membaca artikel ini.

Buffet Ramadhan Selera Kampung 
Ibis Style Kota Bharu Kelantan 
184 Lorong Minyak Gas, Jln Sultanah Zainab, 
15050 Kota Bharu, Kelantan

Harga 
RM79nett Dewasa
RM39nett Kanak Kanak dan Warga Emas

Harga Istimewa
Hubungi Ibis Style Kota Bharu Kelantan untuk dapatkan harga istimewa

Sebarang pertanyaan dan tempahan
Nombor Telefon : +6097408083
Whatsapp : +601128221511/+601128491511

Website
Terbaru Lebih lama