Marrybrown cawangan Tanah Merah Kelantan | Berita gembira buat penggemar Marrybrown! Cawangan baru mereka baru sahaja dibuka di Tanah Merah Kelantan pada hari jumaat 24 Februari 2023. Untuk pengetahuan semua, Marrybrown Tanah Merah merupakan cawangan keempat di Kelantan. Antara lokasi lain cawangan Marrybrown di Negeri Kelantan adalah seperti dibawah.
Lokasi Marrybrown Di Negeri Kelantan Darul Naim
- Marrybrown Gua Musang
- Marrybrown Kuala Krai
- Marrybrown Pasir Puteh
- Marrybrown Tanah Merah (BARU)
Sempena pembukaan cawangan baru Marrybrown di Tanah Merah Kelantan mereka menyediakan promosi menarik kepada pelanggan yang datang berkunjung. Antara promosi yang boleh dinikmati oleh pelanggan yang datang sempena hari pembukaan Marrybrown cawangan Tanah Merah adalah seperti yang tertera.
Tawaran yang sangat menarik kan! Dengan pembelian di Marrybrown Tanah Merah berharga RM30 ke atas korang boleh dapatkan cooler bag yang sangat cantik. Selain itu, korang juga boleh dapatkan 1 set ayam goreng bersama fries dan air dengan harga RM6.00 sahaja.
Cawangan Baru Marrybrown Di Tanah Merah Kini Mula Beroperasi
Hari pertama Marrybrown Tanah Merah dibuka aku berkunjung ke sana dan cuba sebaik mungkin untuk mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan dengan pembaca blog luqman zakaria.
Waktu aku sampai dekat sana keadaan agak meriah walau pun masih awal pagi. Kalau dilihat dari luar, Marrybrown Tanah Merah tidak sebesar cawangan lain seperti di Gua Musang tetapi masih dalam keluasan yang selesa dan ianya dua tingkat.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Marrybrown, korang akan nampak kaunter yang sangat cantik dan sedap mata memandang haha. Ianya kecil tetapi lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan contohnya kaunter pesanan, kaunter untuk ambil makanan, menu dan bahagian atas sebelah kanan tuh pulak ada monitor untuk nombor giliran.
Tingkat bawah Marrybrown Tanah Merah ada dua bahagian tempat duduk yang korang boleh pilih. Korang boleh duduk makan di kerusi biasa atau buaian. Biasanya bila bawa anak anak buaian akan jadi pilihan la kan. hehe. Bercakap pasal budak budak ini dekat tingkat atas lagi seronok untuk dorang.
Di tingkat atas ada lebih banyak ruang untuk duduk dan makan bersama keluarga dan kawan kawan. Selain itu, untuk family yang bawa anak anak boleh gunakan ruangkan permainan yang disediakan oleh Marrybrown Tanah Merah. Buat parents atau sesiapa sahaja yang nak makan Marrybrown tapi tak nak makan dekat sini korang boleh take away macam biasa atau gunakan service Drive In atau Pandu Masuk dorang yang akan memudahkan korang.
Ini adalah dua ruang parking yang disewa khas untuk pelanggan Marrybrown Tanah Merah yang ingin menggunakan service Pandu Masuk atau Drive In. Pelanggan hanya perlu masuk parking dan tunggu pekerja Marrybrown datang untuk mengambil pesanan. Tak perlu masuk ke outlet, korang just tunggu dalam kereta sahaja. senang kan!
Alhamdulillah dengan pembukaan cawangan baru Marrybrown ini akan memudahkan penggemar Marrybrown yang tinggal di Tanah Merah dan kawasan berdekatan untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka tanpa perlu ke cawangan Marrybrown lain yang agak jauh.
Marrybrown Tanah Merah, Kelantan
Alamat : LOT 6088, PT4933, Jln Cempaka Merah, Taman Kota Harmoni, 17500 Tanah Merah, KelantanWaktu Operasi : Setiap hari, 10 Pagi - 10 Malam.