Zakat Fitrah 2024 | Kadar Bayaran Dan Cara Pembayaran Secara Online

Zakat fitrah 2024 terkini untuk seluruh Negeri di Malaysia |  Bulan ramadhan tahun 2024 akan tiba tidak lama lagi dan aku pasti semua umat islam di Malaysia tidak sabar untuk menyambutnya tetapi kita jangan lupa menjalankan tanggungjawab yang menjadi kewajipan kepada umat Islam pada bulan ramadhan iaitu membayar zakat fitrah. 

zakat fitrah 2023 dan cara bayar zakat secara online

Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan beberapa maklumat berkaitan zakat fitrah bagi setiap Negeri yang ada di Malaysia seperti kadar bayaran zakat fitrah 2024 dan cara membayar zakat fitrah 2024 secara online tetapi sebelum itu kita tengok dahulu maksud zakat fitrah?

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat diri yang merupakan kewajipan fardhu ain dalam bulan ramadhan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan. Ianya adalah bertujuan untuk menyucikan diri mereka yang berpuasa dari kata kata dan perbuatan yang sia sia. 

Selain itu, dengan membayar zakat fitrah juga boleh membantu mereka yang tidak berkemampuan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2024 Mengikut Negeri Di Malaysia

Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing masing. Penentuan kadar bayaran dibuat berdasarkan harga dan gred beras semasa mengikut negeri.  

Untuk pengetahuan semua, Majlis Agama Islam telah menetapkan lebih dari satu kadar bayaran untuk zakat fitrah. Jadi, sebagai pembayar zakat fitrah korang boleh memilih kadar bayaran mengikut kemampuan masing masing berdasarkan harga beras yang dimakan setiap hari.

  • RM7 -: Beras Super Tempatan (5% hancur dan ke bawah)
  • RM10RM13RM14 -: Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni, Beras Wangi  atau sama dengannya
  • RM20RM21 -: Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah
Negeri Kadar Bayaran Zakat Fitrah
Kuala Lumpur RM7/RM14/RM21
Selangor RM7/RM14/RM21
Johor RM7/RM13
Kedah RM6.50/RM7/RM14/RM21
Kelantan RM7/RM14/RM21
Perak RM7/RM14/RM21
Perlis RM7
Terengganu RM8/RM10/RM24
Labuan RM7/RM14/RM21
Sarawak RM7
Pahang RM7/RM14/RM21 
Pulau Pinang RM7/RM13/RM20
Melaka RM7/RM14/RM21
Negeri Sembilan RM7/RM10/RM21
PutrajayaRM7/RM14/RM21
Sabah RM7

Cara Membayar Zakat Fitrah 2024 Setiap Negeri Di Malaysia

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah RM7/RM14/RM21 dan untuk cara bayaran pula adalah seperti yang tertera dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
3. Portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - www.zakat.com.my
4. Kaunter PPZ - MAIWP

Selangor

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Selangor adalah RM7/RM14/RM21 dan cara bayaran pula adalah seperti berikut.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
2. Laman sesawang Zakat Selangor - www.zakatselangor.com.my

Johor 

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Johor adalah RM7/RM13 dan kaedah pembayaran  adalah seperti dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
2. Laman sesawang Majlis Agama Islam Negeri Johor - www.fitrah.maij.gov.my

Kedah

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Kedah adalah RM6.50/RM7/RM14/RM21 dan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Laman sesawang Jom Zakat Kedah - www.jomzakatkedah.com.my

Kelantan

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Kelantan adalah RM7/RM14/RM21 dan kaedah pembayaran zakat fitrah adalah seperti yang tertera dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
2. Portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - www.e-maik.my
3. Kaunter Baitulmal dan Pusat Mini Pungutan Zakat (PMPZ) di Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan seperti berikut :
  • Masjid Muhammadi (Kota Bharu)
  • Masjid As-Salam (Pengkalan Chepa)
  • Masjid Mahmudi (Bachok)
  • Masjid Sultan Muhammad 1 (Jeli)
  • Masjid Ismaili (Tumpat)
  • Masjid Ismail Petra (Tanah Merah)
  • Masjid Bandar Sultan Muhammad lll (Pasir Mas)
  • Masjid Tg. Muhammad Faris Petra (Kuala Krai)
  • Masjid Tg. Muhammad Fa-iz Petra (Gua Musang)
  • Masjid Sultan Yahya Petra (Machang)
  • Masjid Ibrahimi (Pasir Puteh)
  • Masjid Al Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)
  • Masjid Sultan Muhammad ll (Kota Bharu)
  • Masjid D'Raja Long Yunus Langgar (Kota Bharu)
  • Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh (Kota Bharu)
  • Masjid Guchil (Kuala Krai)
  • Masjid Al-Ismaili (Kota Bharu)

Perak

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Perak adalah RM7/RM14/RM21 dan cara bayaran zakat fitrah adalah seperti yang tertera dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.

Perlis

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Perlis adalah RM7 dan kaedah pembayaran  adalah seperti dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
2. Portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) - www.maips.gov.my

Terengganu

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Terengganu adalah RM8/RM10/RM24 dan kaedah pembayaran  adalah seperti dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
2. Portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - MAIDAM

Sarawak

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Sarawak adalah RM7 dan cara pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.

Pahang

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Pahang adalah RM7/RM14/RM21 dan cara pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.

Pulau Pinang

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Pulau Pinang adalah RM7/RM13/RM20 dan cara bayaran zakat fitrah adalah seperti yang tertera dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.
2. Bayaran melalui Perbankan Internet :
  • Bsn
  • Pos Malaysia
  • RHB Bank
  • Bank Rakyat
  • Ambank
  • Affin Bank
  • Cimb Islamic
  • Myeg
  • Maybank
3. JomPay
5. Aplikasi GoPayz

Melaka

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Melaka adalah RM7/RM14/RM21 dan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.

Negeri Sembilan

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Sembilan adalah RM7/RM10/RM21 dan kaedah pembayaran  adalah seperti dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.

Sabah

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Sabah adalah RM7 dan kaedah pembayaran  adalah seperti dibawah.

1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya.

Berikut adalah Kadar bayaran zakat fitrah untuk tahun 2023 bersama dengan cara pembayaran secara atas talian/online. Bagi mereka yang tertanya tanya tentang hukum membayar zakat fitrah secara online ianya adalah Sah kerana pembayaran zakat tidak disyaratkan pada akad ijab dan kabul. 

Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang. korang boleh klik link dibawah untuk mendapatkan jawaban yang lebih lengkap tentang hukum membayar zakat fitrah secara online.

Baca sini : Hukum membayar Zakat Fitrah secara online

Terbaru Lebih lama