Jadual waktu berbuka puasa dan imsak di Negeri Sabah Ramadhan 2024 | Untuk panduan warga Sabah, aku akan kongsikan maklumat berkaitan dengan jadual berbuka puasa dan imsak bagi memudahkan mereka menyemak waktu berbuka dan imsak sepanjang bulan ramadhan 2024.
Untuk makluman umum, Bulan ramadhan 2024 akan jatuh pada hari selasa tanggal 12 Mac 2024 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445H. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bertemu dengan bulan yang mulia ini.
Untuk pengetahuan warga Sabah, Jadual berbuka puasa dan imsak untuk tahun 2024 ini dirujuk melalui laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Di Sabah 2024 Mengikut Zon
Sabah adalah salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai banyak zon. Kalau korang nak tahu sabah ada sembilan (9) zon iaitu zon 1 (Bahagian Sandakan (Timur) : Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam), zon 2 (Bahagian Sandakan (Barat) : Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah).
Zon 3 (Bahagian Tawau (Timur) : Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu), zon 4 (Bahagian Tawau (Barat) : Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan), Zon 5 (Bahagian Kudat : Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat).
Zon 6 (Gunung Kinabalu - Ketinggian 4101M), Zon 7 (Bahagian Pantai Barat : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar), Zon 8 (Bahagian Pedalaman (Atas) : Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau) dan zon 9 (Bahagian Pedalaman (Bawah) : Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang).