Gerai 12 merupakan salah satu tarikan yang boleh dikunjungi di Bandar Baru Bukit Bunga Kelantan. Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Timur Barat (Laluan Persekutuan 4) pastinya sudah tahu Gerai 12 Bukit Bunga sering menjadi tumpuan ramai kerana ianya dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli dan dijadikan sebagai ole ole untuk mereka yang tersayang.
Oleh kerana Gerai 12 Bukit Bunga Kelantan berada berdekatan dengan sempadan negara Thailand, banyak barangan yang dijual disini berasal dari negara tersebut.
Macam macam ada dekat Gerai 12 Bukit Bunga Kelantan antaranya pakaian, makanan, permainan kanak kanak, barangan keperluan rumah dan banyak lagi.
Kalau korang menggunakan Lebuhraya Timur Barat buat pertama kali bolehlah singgah di Gerai 12 Bukit Bunga Kelantan untuk membeli belah dan berehat seketika di Hentian Rehat Dan Rawat Bukit Bunga sambil isi perut dengan makanan yang dijual disana. Korang juga boleh semak beberapa artikel lain berkenaan Bukit Bunga seperti dibawah :
Baca Juga :