Sejak dari 1 Mei 2022 yang lepas pemakaian pelitup muka atau mask hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan (Indoor) kawasan tertutup dan ketika berada dalam pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.
Pada 7 September 2022, Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang ketetapan baharu pemakaian pelitup muka.
Pemakaian Pelitup Muka Adalah Atas Pilihan Atau Optional
Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di kawasan dalam bangunan (Indoor) kawasan tertutup kini adalah atas pilihan atau optional.
Walau bagaimanapun, Pihak premis boleh menentukan samada pengunjung yang datang wajib memakai pelitup muka atau pun tidak. Sekiranya premis tersebut mewajibkan pemakaian pelitup muka, pelanggan atau pengunjung perlu mematuhinya.
Pemakaian Pelitup Muka Masih Wajib Dipakai Bagi Situasi Berikut
- Wajib memakai pelitup muka sekiranya bergejala dan positif Covid-19
- Wajib memakai pelitup muka apabila menggunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, teksi, e-hailing, bas pekerja, van sekolah dan kapal terbang.
- Wajib memakai pelitup muka ketika berada di fasiliti kesihatan dan penjagaan seperti, klinik, hospital, rumah penjagaan, pusat hemodialisis atau yang setara dengannya.
Untuk Kawasan lain sudah menjadi pilihan atau optional tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menggalakkan penggunaan pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila :
- berada di tempat ramai orang dan sesak seperti pasar malam, pusat membeli belah, stadium dan tempat beridah.
- Individu yang demam, batuk dan selsema.
- Individu berisiko tinggi contohnya orang yang mempunyai penyakit kronik, warga emas, mempunyai imuniti rendah dan mengandung.
- Digalakkan juga memakai mask atau pelitup muka apabila melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi macam warga emas dan kanak kanak.
*Protokol baharu ini berkuat kuasa serta merta pada hari Rabu, 7 September 2022.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan ketetapan baharu pemakaian pelitup muka, korang boleh menonton video yang aku kongsikan dekat bawah.