Drama Tiada Maaf buatmu

Drama Ash dan Aish yang diminati ramai akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan drama baru lakonan Aiman Hakim Ridza bersama Zahirah Macwilson bertajuk Tiada Maaf Buatmu akan menggantikan drama tersebut menerusi Slot Megadrama di Astro Ria. 


Untuk pengetahuan korang, drama Tiada Maaf Buatmu di adaptasi dari novel yang bertajuk Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki. Selain Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson, terdapat ramai lagi pelakon lain yang turut terlibat sama dalam drama ini seperti Hafreez Adam, Sofia Denroff, Rabi Adawi dan Jalaludin Hassan.

Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu 

Drama Tiada Maaf Buatmu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Aina (Zahirah Macwilson) yang ditimpa musibah menyebabkan dia hilang ingatan dan iqbal (Aiman Hakim Ridza) pula jatuh cinta dengan Aina tanpa mengetahui yang  Aina adalah mangsa dari sejarah hitamnya.


Informasi Ringkas Tentang Drama Tiada Maaf Buatmu 

Tajuk Drama : Tiada Maaf Buatmu 
Tarikh Tayangan : Bermula 28 September 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Terbitan : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Hafreez Adam, Sofia Dendroff, Josiah Hogan, Rabi Adawi, Wan Raja, Watie Sadali, Haleeda, Hilal Azman dan Jalaludin Hassan

Tonton Tayangan Perdana Drama Tiada Maaf Buatmu

Terbaru Lebih lama