Drama gandingan terbaru Adam Lee dan Sweet Qismina bertajuk Bukan Lelaki Terhebat akan ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda menggantikan drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisyam dan Bella Astillah. Drama Bukan Lelaki Terhebat adalah Adaptasi dari novel karya Dilla Ahmad dengan tajuk yang sama iaitu Bukan Lelaki Terhebat.
Sinopis Drama Bukan Lelaki Terhebat
Drama Bukan Lelaki Terhebat mengisahkan tentang seorang pengawal peribadi bernama Jaden yang jatuh cinta dengan perempuan simpanan bosnya, Ariana. Situasi menjadi hura hara apabila niatnya untuk berkahwin dengan Ariana diketahui dan nyawa Jaden berada dalam bahaya.Jaden bernasib baik kerana Seri Dhia muncul pada waktu yang tepat untuk menyelamatkannya. Selepas kejadian tersebut mereka mula jatuh cinta tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila Ariana tahu yang Jaden sebenarnya masih hidup.