Salah satu aktiviti yang dinantikan pada tahun ini adalah menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2022. Pada hari yang bersejarah ini mereka yang akan berkunjung ke Dataran Merdeka lebih suka menggunakan pengangkutan awam kerana ianya lebih mudah dan pada masa yang sama dapat membantu mengurangkan kesesakan lalulintas.
Penggunaan pengangkutan awam pada 31 Ogos 2022 sangat dialu alukan kerana pada hari tersebut terdapat 18 jalan akan ditutup jadi pilihan terbaik adalah dengan menaiki LRT, MRT, Monorel dan bas. Apa pun, Aku doakan semoga perjalanan korang untuk menyambut Hari Kemerdekaan 2022 akan dipermudahkan.
Berita baik untuk korang semua, Rapid KL telah memutuskan untuk memulakan perkhidmatan mereka lebih awal pada Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos 2022 dimana LRT, MRT, Monorel Dan Bas RapidKL akan beroperasi Seawal Jam 4.30 Pagi.
Waktu Operasi LRT, MRT, Monorel Dan Bas RapidKL Seawal Jam 4.30 Pagi Pada Hari Kebangsaan 2022
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2022, perkhidmatan bas Rapid KL bagi laluan terpilih akan beroperasi pada jam 4.30 pagi. Korang boleh tengok gambar dibawah untuk rujukan.
Berikut adalah laluan terpilih bagi perkhidmatan bas Rapid KL. Bagaimana pula dengan LRT, MRT dan Monorel? Perkhidmatan tren juga seawal jam 4.30 pagi, jadi korang perlu gunakan peluang ini sebaik mungkin supaya perjalanan lebih lancar.
Credit myrapidkl