Ulser Lambat Sembuh Tanda Kanser Mulut | Periksa Mulut Sendiri Bantu Kesan Kanser Mulut | Menurut laman sesawang wikipedia, kanser atau barah adalah penyakit yang merujuk kepada sel yang membesar luar kawalan sehingga mampu merebak lalu menceroboh dan memusnahkan tisu biologi dalam badan kita.
INFO KESIHATAN : Tanda Tanda Penyakit Tibi | Cara Merawat Menyakit Tibi
Terdapat banyak jenis kanser yang telah direkodkan tetapi untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang kanser mulut. Dipetik dari artikel yang dikongsikan oleh Berita Harian, Sebanyak 667 kes kanser mulut dilaporkan terjadi di Malaysia pada tahun 2018.
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Sekiranya pengesanan rawatan awal dilakukan ianya dapat mencegah kanser tersebut daripada menjadi lebih teruk sekaligus membantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit yang menghidapinya.
Apakah Tanda Kanser Mulut?
Berikut adalah tanda tanda kanser mulut yang boleh diperiksa sendiri oleh setiap individu dimana sahaja korang berada.
- Benjolan di bahagian mulut
- Ulser yang lama lebih dari 2 minggu
- Tompok merah dan tompok putih di bahagian mulut
- Nafas yang berbau
Sekiranya korang mengalami salah satu atau beberapa tanda yang dikongsikan ini segera ke klinik pergigian yang berhampiran untuk dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.
INFO KESIHATAN : Apa Itu Bell's Palsy? Ini adalah 9 Tanda Simptom Bell's Palsy
Apakah Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Mulut?
Kanser mulut boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.
- Merokok
- Mengunyah tembakau
- Mengunyah Pinang tanpa tembakau/dengan tembakau
- Minum alkohol yang berlebihan
- Terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan
Kalau korang adalah individu yang melakukan perkara atau aktiviti yang dikongsikan. Kurangkan atau berhenti daripada aktiviti tersebut supaya dapat menghindari kanser mulut.