Selepas Marvel Studios melancarkan trailer She-hulk Attorney At Law, tak rasa macam nak tengok pun sebenarnya tapi alang alang dah subscribed Disney Plus Hotstar Malaysia aku cubalah tengok episod pertama dan suprisingly it was good!
Mungkin masih awal nak bagi pendapat sebab baru tengok episod pertama kan tapi bagi aku episod pertama sangat penting untuk tentukan samada kita nak teruskan menonton atau pun berhenti separuh jalan. betul tak?
Episod 1 She-hulk : Attorney At Law Best Untuk Di Tonton!
Dalam episod pertama She-hulk Attorney At Law ini korang akan ditunjukkan bagaimana watak utama which is Jennifer Walters yang merupakan peguam boleh bertukar menjadi She-hulk.
Macam yang kita tahu Bruce Banner yang memegang watak Hulk, dia akan bertukar apabila dia marah kan? Adakah benda yang sama berlaku pada Jennifer Walters? Korang kenalah tengok.
Tapi apa yang menariknya, Jennifer Walters ini walau pun dia boleh bertukar jadi She-hulk, dia masih nak jadi lawyer. Macam mana dia nak balance kan kehidupan dia sebagai She-hulk dan pada masa yang sama jadi seorang lawyer?
Untuk korang yang masih ragu ragu samada nak tengok atau tidak, aku boleh bagi cadangan supaya tengok dahulu dan selepas itu barulah korang judge samada kena dengan selera atau tidak. As for me, aku suka dan tak sabar nak tunggu episod ke 2.