Berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara di blog adalah untuk memberi manfaat kepada ramai orang diluar sana tetapi jika ianya tidak dibaca oleh sesiapa pun pastinya perkongsian tersebut adalah sia sia. Sebagai penulis blog aku yakin kita cuba sedaya upaya untuk mendapatkan trafik blog yang tinggi dan menarik lebih ramai pembaca ke blog supaya arkitel yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Meningkatkan trafik dan menarik pembaca ke blog bukanlah perkara yang senang untuk dilakukan kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang mantap. Kita Jangan putus asa dan cuba sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti blog.
Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog Dan Menarik Pembaca Ke Blog
Sebagai seorang blogger, Aku sendiri masih lagi mencuba tips untuk meningkatkan trafik blog yang dikongsikan ini. Jadi, aku harap dengan tips ini dapat membantu aku dan korang semua yang melibatkan diri dalam dunia blogging untuk terus menulis dan berkongsi dengan pembaca diluar sana.
Walau pun sekarang ini ada banyak platform sosial media yang tumbuh macam cendawan, blog tetap masih relevan bagi mereka yang ingin mencari maklumat yang lebih lengkap.
Tulis Artikel Yang Bermanfaat Untuk Semua Orang
Zaman sekarang ini ramai orang tidak mengira umur mencari maklumat tentang sesuatu perkara di internet. Jadi, kita gunakan peluang ini untuk berkongsi dengan mereka. Sebagai contoh, kita boleh kongsikan tentang tempat makan yang menarik untuk dicuba atau tempat rekreasi yang best untuk dikunjungi.
Selain itu, kita juga boleh berkongsi tips dan tutorial kepada pembaca seperti tips untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, tutorial untuk membuat permohonan bantuan kewangan dan banyak lagi.
Aku pernah kongsikan artikel seperti yang disebut dan Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Ianya bukan sahaja dapat meningkatkkan trafik dan menarik pembaca baru ke blog malah ianya juga dapat memberi manfaat kepada pembaca.
Contoh artikel yang pernah aku kongsikan.
1. Cafe Baru di Tanah Merah Kelantan, Nasken Coffee
Buat Blog Dengan Niche Yang Tertentu
Sekiranya korang mempunyai minat dalam sesuatu bidang mungkin boleh ketengahkan minat tersebut dalam bentuk artikel dan kongsikan dengan orang ramai. Sebagai contoh kalau mahir dalam membaiki kereta atau motor, korang boleh mula buat blog berkaitan dengan bidang tersebut. Banyak artikel yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca seperti tanda tanda gearbox rosak, cara cara untuk menukar minyak enjin dan banyak lagi.
Kalau pandai masak boleh buat blog tentang resepi masakan macam cara cara nak buat kek lapis ke? cara cara nak masak nasi ayam ke? Semuanya terpulang kepada korang samada nak buat atau tidak sahaja.
Mempunyai blog yang fokus kepada satu niche sahaja pun boleh mendapatkan banyak pembaca. Bila dah ada yang follow insyaallah setiap kali korang share artikel akan mendapat sambutan menggalakkan dan pada masa yang sama dapat menarik pembaca baru.
Kongsikan Link Dalam Artikel Untuk Menarik Pembaca Sama membaca Artikel Lain
Sebagai penulis blog aku yakin ramai yang nak pembaca luangkan lebih banyak masa di blog dengan membaca beberapa artikel yang ada tapi macam mana nak pastikan pembaca menghabiskan masa yang lama di blog kita?
Salah satu kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan berkongsi link dalam artikel supaya pembaca klik dan baca artikel lain yang ada di blog kita. Sekiranya pembaca sedang membaca artikel korang tentang dengan makanan, korang boleh kongsikan link artikel lain yang berada dalam kategori yang sama supaya pembaca dapat maklumat yang berkaitan.
Sebagai contoh, artikel dalam gambar diatas adalah tentang Nasken Coffee di Tanah Merah Kelantan tetapi dalam artikel tersebut aku kongsikan juga link tentang cafe KB Brewster di Kok Lanas untuk menarik minat pembaca klik link itu dan luangkan lebih banyak masa untuk membaca artikel tersebut.
Kongsi Link Artikel Di Sosial Media Yang Lain
Bercakap tentang link artikel, korang juga boleh kongsikan link artikel di platform sosial media lain seperti facebook, instagram dan twitter untuk mendapatkan lebih banyak trafik dan pembaca baru ke blog korang.
Konsisten Dalam Berblogging
Konsisten dalam menghasilkan artikel di blog adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan kalau korang bercadang untuk menjadi seorang blogger yang mempunyai ramai pembaca. Kalau tidak konsisten trafik blog pasti akan terus jatuh lebih lebih lagi kalau kita tidak menghasilkan artikel dalam jangkamasa yang lama.
Pembaca setia pun akan lari bila tiada artikel baru di blog kita. Mungkin mereka menganggap kita sudah tidak berblogging lagi dan mereka mula beralih ke blog yang lain untuk mendapatkan maklumat.
Berikut adalah 5 cara mudah dan percuma untuk meningkatkan trafik blog dan menarik pembaca ke blog kita. Selain itu, aku ada dua tips untuk mengelakkan pembaca lari dari blog kita. Pertama, pastikan template blog yang digunakan tidak terlalu serabut dengan widget yang tidak penting kerana ianya akan membuatkan blog kita menjadi berat dan loading. Kedua, jangan letak terlalu banyak iklan sehingga menganggu pembaca untuk membaca artikel yang kita kongsikan.