Setiap hari kalau tak buka aplikasi tiktok memang tak sah. Ada banyak video yang dimuatnaik oleh netizen untuk dipertontonkan kepada pengguna tiktok lain. Walau pun aplikasi ini dikatakan boleh melalaikan kita tetapi bagi aku kalau kita gunakannya dengan sebaik mungkin ia boleh memberi manfaat.
Tidak semua isi kandungan video tiktok memberi kesan buruk kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis video yang dikongsikan dalam tiktok memberi manfaat yang baik kepada kita. Sebagai contoh, beberapa hari yang lepas secara tidak sengaja aku menonton satu video yang menceritakan tentang manfaat atau kelebihan membaca suruh Al-Kahfi.
Sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan kemudahan yang disediakan. Kalau digunakan ke arah yang baik insyaAllah ia boleh memberi kebaikan kepada kita. Kalau digunakan ke arah yang negatif maka kesannya juga mungkin akan menjurus kepada perkara yang tidak baiklah. betul tak?
Bercakap tentang Surah Al-Kahfi, Aku nak ambil peluang yang ada untuk berkongsi dengan korang semua tentang kelebihan dan manfaat yang kita akan dapat sekiranya membaca, menghafal dan mengamalkan surah Al-Kahfi.
Kelebihan Dan Manfaat Membaca Surah Al-Kahfi Yang Ramai Tidak Tahu
1. Diterangi Cahaya Antara 2 Jumaat
Sabda Rasulullah SAW“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah SAW“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).”(Riwayat ad-Darimi)
2. Terpelihara Daripada Dajjal
Rasulullah SAW Bersabda“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”(Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW Bersabda“Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”(Riwayat Abu Dawud)
3. Mendatangkan Ketenangan Dan Rahmat
Rasulullah SAW pun bersabda“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran”.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)