Kad Pengenalan Perlu Ditukar Sebelum Umur Melebihi 25 Tahun

Seperti mana yang semua rakyat Malaysia tahu, kanak kanak yang berumur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan diri. Pemohon perlu menghadirkan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara bersama Ibu atau bapa atau penjaga yang berusia melebihi 21 tahun dengan membawa segala dokumen yang diperlukan. 

Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
 
Pemilik kad pengenalan perlu membuat gantian kad pengenalannya selepas mencapai umur 18 tahun kerana mengikut peraturan 18, Peraturan Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang telah mencecah umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.

Denda mungkin akan dikenakan sekiranya korang gagal menukar kad pengenalan dalam tempoh yang dijelaskan.

Tukar Kad pengenalan

Dari umur 18 hingga 25 tahun adalah tempoh yang sangat lama jadi gunakan peluang dan waktu yang ada untuk menukar kad pengenalan korang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan. Syarat permohonan untuk membuat gantian kad pengenalan juga sangat mudah. Korang hanya perlu menghadirkan diri dimana mana kaunter JPN bersama dokumen yang diperlukan. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan gantian kad pengenalan, korang boleh klik link yang aku kongsikan dekat bawah. Sebarang pertanyaan boleh dilakukan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) atau hubungi mereka di talian dibawah.



Talian Pegawai Perkhidmatan Pelanggan : 03-80008000
Terbaru Lebih lama