Fit For Action adalah rancangan realiti TV terbaru yang bakal ditayangkan pada
3 September 2022 di TV3. Program Fit For Action ini diperkenalkan untuk mencari bakat baharu lelaki dan wanita yang versatil berkonsepkan cabaran lakon layar dan fizikal.
InsyaAllah dengan wujudnya program realiti Fit For Action industri seni tanah air dapat mencungkil bakat baharu yang lebih bermutu dan berilmu.
Tonton Program Realiti TV Terbaharu Fit For Action di TV3
Seperti yang dimaklumkan, Fit For Action akan ditayangkan bermula pada hari sabtu, 3 september 2022 jam 10:00 Malam di TV3 atau boleh distrim langsung secara online di laman sesawang www.tonton.com.my
Fit For Action akan disertai oleh 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan dimana mereka semua akan dicabar dari segi fizikal, emosi dan kebolehan berlakon dalam pelbagai genre. Terdapat 32 cabaran fizikal dan 8 cabaran lakonan yang perlu ditempuhi.
Senarai Peserta Fit For Action TV3
Peserta yang bakal memeriahkan program realiti TV Fit For Action adalah Danish Hakim, Zoey (Zubaidah Mohd Amir), Muaz Mohamad Zabir, Kavitha Gnanesageran, Amir Mirza, Ahmad Syahmie, Amanda Tan, Syahmie Thsa'qeef, Erne Marina Ainalisa, Raden Zaharatul, Lenny Jemat dan Aidil Afizin.
Berikut adalah kesemua 12 peserta yang akan bertanding dalam program realiti TV Fit For Action di TV3. Peserta akan berguru dengan jurulatih fizikal iaitu Nana Al-Haleq yang juga merupakan juri fizikal dalam Fit For Action (FFA).
Turut terlibat sama dalam menjayakan Fit For Action adalah 3 orang pengarah yang dikenali ramai iaitu Aziz M. Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suraity. Manakala ketua juri pula adalah Dato' Yusof Haslam.
Fahrin Ahmad dan Hannymadu pula akan bertugas sebagai hos untuk memeriahkan lagi Fit For Action musim yang pertama ini. Menurut artikel perkongsian berita harian, Terdapat beberapa juri jemputan yang akan hadir setiap minggu seperti Nabila Huda, Erra Fazira, Dato Aaron Aziz dan ramai lagi. Jadi korang, jangan lupa untuk menonton Fit For Action pada hari sabtu jam 10 malam. sumber/sumber