Beberapa hari yang lepas aku terbaca artikel di carian google berkenaan dengan kes dapur gas meletup yang menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Perasaan takut membuatkan aku mencari informasi tentang cara cara untuk mengelakkan dapur gas meletup supaya ianya tidak berlaku pada diri sendiri dan keluarga terdekat.
Selepas membaca artikel artikel berkenaan dapur gas meletup, aku mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan pembaca blog luqman zakaria sedikit sebanyak tentang maklumat yang aku dapat dari pembacaan tersebut.
Menghidu bau gas ketika berada di dalam rumah semestinya akan membuatkan kita risau tetapi walau bagaimanapun kita dinasihatkan supaya jangan panik untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Apa Perlu Buat Kalau Terhidu Bau Gas Di Rumah?
1. Buka Tingkap Dan Pintu
Sekiranya korang terhidu bau gas di dalam rumah, salah satu langkah yang boleh dibuat adalah membuka tingkap dan pintu yang ada dengan tenang untuk pengudaraan yang lebih baik supaya gas boleh mengalir keluar dari rumah dengan lebih cepat.
2. Jangan buka Suis (INI PENTING!)
Selain itu, jangan sesekali membuka suis untuk elak berlakunya letupan yang boleh mencederakan diri dan keluarga. Memetik dari laman sesawang Vanilla Kismis,
peti sejuk juga tidak boleh dibuka kerana ianya juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas eletrik.
Diambil dari artikel yang dikongsikan oleh Utusan Malaysia,
Pasangan suami isteri hampir maut disebabkan oleh dapur gas meletup. Siasatan awal mendapati, mangsa memberitahu letupan berlaku ketika mereka membuka suis lampu dibahagian dapur.
3. Periksa Tong Gas Dan Hos
Pemeriksaan pada tong gas, kepala injap, hos dan keadaan selinder juga perlu dilakukan untuk memastikan dimanakah punca berlakunya kebocoran tersebut. Jika terdapat sebarang kebocoran, kita perlu tukar dengan segara.
Selepas ianya ditukar, kita perlu memeriksa keadaan tong gas tersebut sekali lagi untuk memastikan tiada kebocoran berlaku.
Kejadian dapur gas meletup bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan parah dan juga kematian.
Aku doakan semoga kita semua dijauhkan dari kejadian seperti ini berlaku dan sekiranya terdapat tanda tanda dapur gas bocor, kita boleh mengambil langkah berjaga jaga.
Aku harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog luqman zakaria.