Sekarang ini cuaca macam susah nak ramal sebab kadang kadang okay kadang kadang hujan lebat. Aktiviti membasuh baju pun boleh tergendala hehe. Bercakap pasal hujan ini memang seram juga sebab bila hujan lebat mesti ada guruh dan petir yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita.
Baru baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui platform social media mereka berkongsi tentang beberapa tips untuk mengelakkan sambaran kilat petir. Jadi, memandangkan sekarang cuaca asyik hujan aku juga nak ambil peluang ini berkongsi beberapa tips untuk elak diri dari terkena sambaran petik.
Cara Untuk Elak Diri Disambar Petir
Ada beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada disambar petir. Korang boleh rujuk cara cara yang aku kongsikan dibawah dan maklumkan kepada kawan kawan dan keluarga supaya kita dapat menghindari perkara yang tidak diingini berlaku.
1. Elakkan Aktiviti Di Luar Rumah
Semak ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengadakan aktiviti diluar rumah. Sekiranya korang berada diluar rumah sewaktu petir berlaku, cari tempat berteduh yang selamat.
2. Cari Tempat Berlindung Yang Selamat
Cara yang selamat untuk berlindung daripada disambar petir adalah dengan berada di dalam bangunan seperti rumah, pusat membeli belah atau pejabat. Pastikan korang tutup pintu dan tingkap sewaktu kilat petir berlaku.
Untuk korang yang tinggal di flat atau kondominium, elakkan berada ditempat terbuka contohnya macam beranda sebab kilat boleh menyambar objek yang berada di tempat tinggi. Kalau korang berada di luar elak berlindung dibawah objek seperti pokok sebab kilat boleh menyambar. Selain itu, elak dari menyentuh peralatan yang boleh disambar petir seperti besi.
3. Elak Guna Peralatan Eletrik Dan Eletronik
Walaupun berapa di dalam rumah, kita masih perlu berwaspada bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada disambar petir. Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah berkaitan dengan peralatan eletrik dan eletronik.
Apabila hujan turun korang cabut semua palam peralatan eletrik yang tidak digunakan dan elak guna peralatan eletronik kecuali kecemasan.
Berikut adalah tiga langkah mudah yang boleh dipraktikkan supaya dapat mengelakkan diri dan orang yang tersayang daripada terkena sambaran petir. Merancang aktiviti dengan baik sewaktu hujan sangat penting untuk elak dari petir. Sekiranya tak dapat dielakkan pastikan kita cari tempat berlindung yang selamat dan ingat! Walau pun berada di dalam bangunan kita masih perlu berhati hati.