Kedai Bakso Sedap Di Kelantan | Ayuna Bakso Sedap Sengoti Jalan Selising Kok Lanas Kelantan | Nak buat sendiri bakso yang sedap memang tak reti. Jadi, kita makan dekat kedai jerlah kan. Untuk kali ini aku nak kongsikan dengan korang kedai bakso yang sedap di kelantan iaitu Ayuna Bakso Sedap Sengoti di Jalan Selising Kok Lanas Kelantan.
Ayuna Bakso Sedap SengotiAlamat : Jalan Selising - Kok Lanas, Kok Lanas, 16400 Melor, KelantanWaktu Operasi : Sabtu hingga Khamis 3 Petang hingga 1200 Malam (Jumaat Tutup)Nombor Telefon : 013-2527031
Aku tahu kedai Ayuna Bakso ini pun sebab kawan kawan yang ajak. Waktu datang tuh tak letak apa apa expectation pun tapi alhamdulillah sedap. Aku memang jarang makan bakso tapi apa yang aku boleh cakap rasa bakso dia memang sedap.
Kalau korang order bihun, mee atau kuey teow harga dia RM5, maggie biasa atau maggie siam RM6 dan special pulak RM7 sahaja. Bagi aku harga dia sangat berpatutan.
Biasanya kalau makan mee celup aku mesti akan tambah condiment nak bagi rasa lebih sedap mengikut citarasa tapi dekat sini aku tak tambah apa apa condiment pun dah sedap. Sangat berpuas hati! InsyaAllah nanti nak datang lagi makan dekat sini.
Kalau nak terjah kedai Ayuna Bakso make sure korang waze "Bakso mee bihun dan masakan panas" baru jumpa kedai dia sebab kalau taip nama kedai sampai ke sudah tak akan jumpa hehe.