Kak Mah Sate 3 Machang | Sate Landak dan Sate Wagyu Pun Ada

Kak Mah Sate 3 Machang | Sate Landak dan Sate Wagyu Pun Ada | Kalau korang datang jalan jalan dekat Machang Kelantan lepas tuh craving nak makan sate make sure korang singgah dekat Kak Mah Sate 3 Machang sebab sate dekat sini adalah antara yang paling okay pernah aku cuba dekat area Machang. 


Kak Mah Sate 3 Machang 
Alamat : No.2, Hutan Kuing, Jln Machang, Tanah Merah, 18500 Machang, Kelantan
Waktu Operasi : Rabu hingga Isnin 0400 Petang - 1200 Malam, Selasa Tutup

Sebelum aku share dengan korang nih, aku adalah google gambar gambar kedai Kak Mah Sate 3 Machang yang pernah orang share dekat internet tapi bila tengok rasa macam lain betul kedai dia dengan sekarang ini. 




Kedai Kak Mah Sate 3 Machang ini sangat besar dan luas. Kalau korang datang tak perlu risau pasal tempat sebab memang banyak. Korang boleh pilih samada nak makan dekat outdoor atau indoor. Sebenarnya ada lagi beberapa ruang lain yang korang boleh duduk selain gambar aku share ini. Terlupa nak snap gambar tapi jujur aku cakap banyak tempat duduk.

Dekat sini ada banyak pilihan sate dan makanan lain yang korang boleh cuba. Kalau datang dengan keluarga atau kawan kawan tak perlu risau bila ada yang tak nak makan sate sebab dorang juga menyediakan masakan panas. 

Jom kita tengok apa yang korang boleh makan dekat Kak Mah Sate 3 Machang Kelantan.

Senarai Makanan Dan Minuman Yang Ada di Kak Mah Sate 3 Machang Kelantan











Banyak ke tak banyak kalau macam nih? Rambang mata tak tahu nak makan yang mana. Pilihan sate jer pun dah buat kita pening hehe. Selalunya bila makan sate dekat kedai ada dua pilihan jer samada nak ayam atau daging tapi dekat sini ada sate itik, sate arnab, sate tuna dan banyak lagi termasuklah landak dan wagyu.

Waktu aku datang dengan kawan, kitorang order sate ayam dan daging. InsyaAllah next time kalau pergi lagi boleh cuba sate eksotik pulak. 




Satu lagi sebab kenapa korang perlu datang sini, dekat bahagian luar kedai Kak Mah Sate 3 Machang ada beberapa stall yang menjual pelbagai jenis makanan. Jadi, korang bolehlah tengok apa yang ada. Kalau ada yang berkenan boleh order nanti dorang akan hantar ke meja korang.


Salah satu stall yang menjadi tumpuan aku dan kawan kawan yang datang makan dekat sini adalah kedai kudap kudap tuh. Macam macam ada contohnya ayam cheese, nugget, ring onion, meatball, wedges dan lain lain.



Kesimpulannya, kalau datang Kak Mah Sate 3 Machang ini korang pastinya akan berpuas hati sebab macam macam ada. Untuk korang yang pernah lalu area kedai ini tapi tak pernah singgah korang dah tahu apa yang ada kan! Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah  dengan family dan kawan kawan makan dekat Kak Mah Sate 3 Machang. 
Terbaru Lebih lama