Jom Makan makan Di To The Moon Cafe Viral Yang Baru di Kota Bharu Kelantan | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang cafe yang menjadi tumpuan ramai di Bandar Kota Bharu iaitu Cafe To The Moon. Untuk pengetahuan korang, Cafe ini juga merupakan salah satu cafe yang baru sahaja dibuka tahun ini iaitu pada 1 Mac 2022.
To The Moon Cafe
Alamat : 2707, Jalan Temenggong, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad (12.30pm - 1200am), Jumaat (230pm - 1200am)
Nombor Telefon : 017-9132320
Lokasi To The Moon Cafe ini memang senang nak cari. Korang yang tak tahu jalan pun boleh jumpa sebab waze kan ada. Just waze To The Moon Cafe Jalan Temenggong insyaAllah korang akan jumpa tapi yang menjadi masalahnya adalah parking.
Jalan Temenggong agak sibuk dan penuh dengan kenderaan jadi korang kena bersabar sikit kalau nak cari parking. Macam aku sendiri pun dua kali pusing cari parking.
Kalau korang tengok keadaan luar cafe ini pun dah Instagrammable. Sebelum masuk ke dalam cafe pelanggan mesti bergambar dekat cermin tuh dulu hehe.
Macam inilah keadaan dalam cafe waktu aku datang. Penuh dengan pelanggan tapi nasib baik masih ada lagi tempat kosong untuk aku duduk. Memang tak dinafikan To The Moon Cafe memang "instagrammable" sebab cantik dan unik.
Dekat sebelah kanan tuh ada tangga yang tinggi untuk ke tingkat atas, kiranya masih ada ruang untuk pelanggan duduk tapi tetap penuh jugak. Waktu nak balik aku sempat naik sekejap untuk ambil gambar.
Dari awal aku masuk sampailah keluar, masing masing sibuk ambil gambar sambil makan. Makanan yang dorang order pun nampak sedap dan plating untuk setiap menu pun sangat cantik untuk kita ambil gambar hehe. Cakap pasal makanan ini, seperti biasa aku nak kongsikan menu yang ada di To The Moon Cafe Kota Bharu.
Makanan dan Minuman di To The Moon Cafe Kota Bharu Kelantan
Kalau korang nak makan burger boleh singgah dekat cafe ini sebab pilihan burger dorang agak banyak juga. Nama menu pun menarik dan comel jer contohnya macam Lembughini dan Moon Cow. Selain burger, korang boleh cuba pasta dan few choices of japanese rice cuisines.
Apa Yang Aku Makan Di To The Moon Cafe Kota Bharu Kelantan
Masa pertama kali tengok menu aku pun tak tahu nak makan apa tapi bila tengok ada beberapa jenis burger terus order Moon Cow. Tak tahu nak expect apa sebab tak pernah tengok rupa Moon Cow sebelum ini. Bila dah sampai tuh memang berkelip kelip mata sebab nampak sedap dan portion pun besar.
Bagi aku memang berbaloi order Moon Cow Burger ini walau pun harga dia RM19. Rasa daging dia lembut, condiment yang dia letakkan bersama dengan daging burger pun banyak. Kalau makan memang korang akan kenyang tapi satu benda yang membuatkan aku kecewa adalah fries yang datang bersama dengan burger ini.
Sos yang diletakkan dengan fries tuh "perfecto"! Sedap tapi fries yang aku dapat tuh sejuk, agak keras dan susah nak makan. Hopefully kalau korang order, korang akan dapat fries yang panas panas dan sedap untuk dimakan.
As for the drink, aku order Honey Yuzu. Aku suka minum Honey Yuzu ini sebab dia refreshing. Hilang penat cari parking kereta haha. Last sekali desserts, kalau datang cafe rasa macam tak sah kalau tak order dessert kan.
Selalunya dekat cafe akan ada few choices of cakes tapi dekat sini tak ada tapi dorang ada empat menu desserts yang menarik untuk kita cuba. This time around aku order Dirty Lava Toast. Aku sangat confident order dessert sebab ingatkan kecil jer tapi rupa rupanya besar.
Bila portion besar macam ini memang tak habislah aku makan. Terpaksa minta staff bungkuskan sambung makan nanti bila lapar balik hehe. Tengok balik gambar ini pun terliur nak makan lagi.
Kesimpulannya, To The Moon Cafe ini sangat menarik untuk dikunjungi. Patutlah ramai orang datang dan penuh setiap masa. Instagrammers yang suka bergambar tuh memang confirm akan suka bila datang sini. Kalau korang berniat untuk datang please set in mind yang parking agak susah sikit nak cari, pelanggan ramai dan mungkin perlu menunggu sedikit lama untuk makanan siap supaya korang tak emosi hehe.
Itu sahaja perkongsian aku tentang To The Moon Cafe di Kota Bharu. Kalau ada cadangan nak suruh aku cuba cafe lain boleh komen dekat bawah atau korang boleh ke instagram aku DM jer dekat sana.