Jom Cuba Eskepal King Tanah Merah Sekarang | Cawangan Baru Eskepal King

Eskepal King Tanah Merah Sudah Mula Dibuka | Berita baik untuk korang yang tinggal berdekatan dengan Bandar Tanah Merah, Eskepal King yang popular di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kota Bharu buka cawangan mereka yang terbaru di Tanah Merah Kelantan. 


 Eskepal King Tanah Merah Kelantan
Alamat : LOT 1057, Tanah Rizab Kereta Api, Jln Pasir Mas - Tanah Merah, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi : 1200 Petang hingga 1200 Malam 

Lama jugak waktu operasi Eskepal King ini! Sampai jam 1200 malam dorang buka. Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama aku makan Eskepal King. First time aku try time pergi rantau panjang.  Lepas tuh ternampak kedai dorang waktu pergi Pasir Mas. Dekat mana mana pun ada haha. 

Bila dapat tahu Eskepal King buka cawangan baru dekat Tanah Merah, apalagi aku terjah la dengan kawan kawan. Yang mana tinggal berdekatan tuh dah boleh singgahlah. 

Waktu aku datang kedai dorang, ada beberapa pelanggan datang beli Eskepal. Aku sempatlah borak dengan sorang kakak nih dia memang pernah makan tapi beli dekat rantau panjang sana. Sekarang tak payah pergi jauh jauh . Beli jer Eskepal King dekat tanah merah. 


Kedai Eskepal King Tanah Merah agak besar juga berbanding dengan Rantau Panjang. Ianya lebih cantik dan nampak proper hehe. Kalau cawangan Kota Bharu dan Pasir Mas aku tak pasti sebab tak pernah pergi lagi. 

Peminat Eskepal King confirmed dah tahu nak order apa kalau datang mana mana cawangan tapi untuk korang yang tak pernah cuba aku nak kongsikan menu yang ada dekat Eskepal King Tanah Merah. 



Harga Eskepal King bermula serendah RM7.50 sahaja untuk Milo dan Orea. Kalau korang nak buah buahan harga bermula dengan RM11.00. Ada pilihan Mangga, Strawberi dan Anggur. Nak campur campur pun boleh tak ada masalah. 

Tak cukup dengan tuh korang boleh Add on whipped cream, double fruit atau oreo mengikut harga yang ditetapkan. Selain itu, ada menu baru yang korang boleh cuba iaitu Gorri Bingyen. Buat peminat Biscoff dan Kekacang mesti suka makan Gorri Bingyen ini. 

Eskepal King Mangga + Anggur

Eskepal King Mangga

Eskepal King Milo

Eskepal King Anggur + Strawberi

Eskepal King Strawberi

Korang tak terliur ke tengok? hehe. Sebagai peminat buat mangga aku tak fikir panjang tadi terus order Eskepal King Mangga. Korang yang suka buah buahan mesti suka sebab dorang letak banyak tau buah buahan. Aku suka dorang letak dalam bekas besar macam tuh senang nak makan.

Tunggu apa lagi? Jomlah singgah dekat Eskepal King Tanah Merah. Dorang buka setiap hari tau. Time aku pergi tuh sebenarnya cuti umum tapi dorang tetap buka untuk pelanggan yang suka makan eskepal. Waktu sekarang ini memang syok makan eskepal ini sebab cuaca panas kan. 

Selamat Mencuba Eskepal King! Kita jumpa lagi dalam artikel seterusnya. 

Terbaru Lebih lama