Kedai Makanan Korea Yang Sedap Di Kelantan | Seodak Kok Lanas | Anyeonghasayo guys! Untuk entry kali ini aku nak share pasal kedai makanan korea yang terletak di Kok Lanas Kelantan. Tak sangka pulak dekat Kok Lanas pun ada kedai makanan korea yang boleh tahan sedap.
Seo'Dak Kok Lanas KelantanAlamat : Jalan Saidina Ali 9, Kok Lanas, 16700 Ketereh, KelantanWaktu Operasi : Ahad, Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu (1130 Pagi - 0930 Malam) | Jumaat (0230 Petang - 0930 Malam) | Selasa TutupNombor Telefon : 013-2260945
Kalau tengok dekat facebook page, Seodak Kok Lanas baru sahaja beroperasi pada bulan mac yang lepas. Kiranya masih baru sangatlah kan tapi sepanjang dorang buka aku tengok dah ramai juga peminat makanan korea datang singgah makan dekat sini.
Kedai dorang simple jer tak besar sangat tapi boleh memuatkan ramai pelanggan pada satu satu masa. Waktu aku datang dengan kawan kawan memang tak ramai pelanggan makan dekat kedai. Yang aku perasan ada dorang datang order take away. Lagi pun kitorang datang lepas waktu lunch.
Apa yang ada dekat sini? Jom Aku share menu dengan korang semua.
Waktu kitorang datnang memang tak tahu nak order apa. Pilih punya pilih last last order Rabokki Platter. Untuk Rabokki Platter korang akan dapat Rabokki (Ramen + TTeobokki+ cheese), fries dan enam ketul ayam. Korang boleh pilih flavour apa yang korang nak untuk ayam tuh. Kitorang pilih spicy dan juga honey garlic.
Bagi aku semua yang ada dalam Rabokki Platter ini sedap especially ayam goreng spicy tuh! Untuk minuman pulak kitorang order yogurt series. Kawan aku order yogurt fresh dan aku pulak ambil yogurt mango.
Aku tak pernah makan yogurt tapi bila order yogurt mango dekat Seodak Kok Lanas ini aku boleh minum dan rasa dia agak sedap. Lagi pun kalau minum air yogurt ini boleh kurangkan rasa pedas masa makan ayam goreng spicy dan rabokki hehe.
kesimpulannya, aku berpuas hati makan dekat Seodak Kok Lanas. Kalau ikut tekak aku yang jarang makan makanan korea ini alhamdulillah semua yang aku order memang sedap. Jadi, korang yang tinggal berdekatan atau datang jalan jalan di Kok Lanas bolehlah singgah dekat Seodak kalau teringin nak makan makanan korea.