Baru Sahaja Dibuka Tapi Wanpaku Coffee Machang Jadi Pilihan Ramai | Kewujudan cafe dekat negeri kelantan sekarang ini macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Satu lagi cafe yang akan menjadi tempat lepak wajib aku bila nak buat kerja dekat Machang semestinya Wanpaku Coffee Machang.
Wanpaku Coffee MachangAlamat : No.11, Bangunan Hadapan Terminal Bas Ekspres, 18500 Machang, KelantanWaktu Operasi : Setiap hari 12pm - 12am Kecuali Jumaat 4pm - 12amNombor Telefon : 017-3672252
Kalau korang tengok dari luar, Wanpaku Coffee Machang nampak kecil jer tapi once korang masuk ke dalam especially tingkat dua mesti terkejut sebab cafe ini sangat luas, besar dan selesa. Aku sendiri pun terkejut sebab tak pernah lagi tengok cafe yang luas macam nih dekat Machang.
Tingkat bawah :
Tingkat atas :
Bukan sahaja luas dan besar, Wanpaku Coffee Machang juga menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan oleh pelanggan contohnya macam tandas, wifi dan power plug. Jadi, kalau korang datang nak guna gajet macam laptop boleh jer charge guna power plug yang ada.
Pada pendapat aku, Selesa dan lengkap dengan kemudahan menjadi salah satu faktor kenapa ramai orang datang makan dekat sini walau pun baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lepas. Bercakap pasal makan nih, Apa yang korang boleh order dekat Wanpaku Coffee Machang? Jom kita tengok menu pulak.
Senarai Makanan dan Minuman di Wanpaku Coffee Machang
Apa Yang Aku Makan Di Wanpaku Coffee Machang
Kalau korang tengok dalam menu, ada beberapa jenis makanan yang boleh dipilih tapi aku tetap order makanan paling basic which is Chicken Chop yang berharga RM15. Luqman dengan ayam nih macam susah nak berpisah hehe.
Dengan harga RM15 bagi aku berbaloi sebab portion dia agak besar. French fries pun banyak. Cuma mashed potato tuh cute sangat haha. Sos black pepper dia pun sedap. As for the coleslaw tak ada komen sebab aku memang tak makan sayur. Kalau makan pun ikut mood. Boleh tak macam tuh? haha.
Aku kalau makan mesti akan order minuman yang tak ada susu sebab kalau tak nanti jadi muak. Selepas beberapa kali tenung menu, akhirnya aku order Shaken Lemon Tea. Rasa dia boleh tahan sedap jugak sebab dia ada campur halia/ginger tapi tak adalah banyak pun. Halia tuh rasa hujung hujung lidah jer hehe.
Kesimpulannya korang, aku memang akan datang lagi untuk lepak dan buat kerja dekat Wanpaku Coffee Machang sebab selesa dan kemudahan yang aku perlukan ada dekat sini contohnya power plug! Untuk korang yang belum pernah datang bolehlah singgah.
As mentioned dekat atas, cafe ini dibuka sampai jam 12 malam. Memang sesuai untuk korang yang naik bas atau turun bas dekat Terminal Bas Machang. Sambil tunggu bas tuh boleh lepak dekat Wanpaku Coffee Machang. Tunggu apa lagi, moh ler kita.