Jom Moreh Makan Sampai Kenyang di Restoran Amalina Jeli Kelantan | Sep awok ter! Nok moreh mano male nih? Bila habis solat terawih mesti nak moreh kan. Jadi, untuk kali ini aku nak share satu restoren yang berada di jeli kelantan yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk moreh.
Sebenarnya aku pun tak tahu tentang kewujudan kedai nih tapi disebabkan oleh kuasa tiktok barulah aku sedar rupa rupanya ada restoran yang menyediakan makanan moreh yang pelbagai pada bulan ramadan di Jeli.
Kalau korang tak tahu nak makan moreh dekat mana selepas solat terawih, Restoran Amalina boleh dijadikan sebagai pilihan sebab dorang menyediakan banyak pilihan makanan antaranya adalah :
- Ikan celup tepung
- Sotong celup tepung
- Sosej celup tepung
- Udang celup tepung
- "Jeput malah"
- Colek perut
- Colek buah
- Somtam
- Kerang
- Lokcing
- Cucuk cucuk dengan 7 jenis sos
- Keropok lekor
Banyak kan! Memang rambang mata sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Kalau datang moreh dekat Restoran Amalina Jeli memang kenyanglah korang. Nak duduk lepak dengan kawan kawan dan family pun tak menjadi masalah sebab selesa jer dekat sini sebab restoran dia besar dan luas.
Nak datang tapi jam berapa dorang start moreh?
Kalau korang nak tahu sempena bulan ramadan dorang mula beroperasi dari jam 5 petang sehingga jam 12 malam setiap hari. Sekarang ini dah masuk hari ke 20 hari kita berpuasa, tinggal beberapa hari jer lagi sebelum raya. Jadi, korang kena ambil peluang ini untuk mencuba sendiri moreh di Restoran Amalina di Jeli Kelantan.
Selamat mencuba.