Pengalaman Makan Di Drum And Desk Kota Bharu Yang Instagram Worthy! | Biasanya kalau ke Kota Bharu aku memang akan mencari cafe atau kedai kedai yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Untuk kali ini aku nak bawa korang ke Drum and Desk yang terletak di Taman Sari Kota Bharu Kelantan.
Aku sangat tertarik tengok gambar gambar yang dikongsikan oleh pelanggan yang pernah ke Drum and Desk. Cafe ini nampak sangat cantik dan sesuai untuk mereka yang suka bergambar tapi macam mana pulak dengan makanan? Adakah berbaloi untuk kita singgah?
Sebelum aku share pasal menu dan makanan yang ada dekat Drum and Desk, Aku nak tunjuk keadaan sekeliling cafe ini supaya korang boleh tahu kenapa aku cakap tempat ini instagram worthy!
Warna yang dorang gunakan untuk cafe ini bagi aku cantik. Kombinasi warna biru, putih dan hitam memang sangat menarik. Bahagian dalam Drum and Desk tidak terlalu besar tapi mampu menampung beberapa orang pelanggan yang lebih suka makan dan lepak didalam kedai berbanding dibahagian luar.
Tingkat atas pula adalah co-working space yang boleh disewa dengan harga yang ditetapkan. Kalau korang berminat boleh hubungi Drum and Desk sekarang. Untuk harga korang boleh rujuk gambar dibawah.
Mungkin sesetengah orang akan cakap "apa yang instagram worthy nya? biasa je aku tengok". Sekarang ini jom aku bawa korang ke bahagian garden yang menurut aku sangat cantik untuk bergambar sambil lepak dengan kawan kawan dan keluarga.
Masa mula mula ternampak garden ini aku dah set in mind yang aku akan ambil gambar pastuh nak upload dekat instagram haha. Memang best kalau datang minum petang dekat sini dengan kawan kawan. Korang pun dah tahu macam mana keadaan di Drum dan Desk, sekarang ini jom kita tengok senarai makanan dan minuman yang ada disini.
Senarai Makanan dan Minuman di Drum And Desk Taman Sari Kota Bharu
Harapnya korang boleh nampaklah menu yang aku kongsikan sebab tulisan dia dah pudar, nak baca pun agak susah sikit. Cakap pasal menu, sebelum ini aku pernah tengok orang share dorang makan shaved ice dekat sini tapi bila tengok macam tak ada pulak. Jadi, time tuh dah keliru tak tahu nak order apa.
Fikir punya fikir aku orderlah Steak & Cheese yang berharga RM18 + Sunny Side up RM2. Rasa macam tak cukup makan tuh jer jadi aku tambahlah Fries dengan Harga RM3. Untuk minuman pulak aku order Nitro Beng.
Masa order tuh aku memang tak tahu nak expect apa sebab tak pernah makan croissant sandwich sebab aku bukan peminat sandwiches tapi bila sampai tuh aku memang tak sabar nak makan sebab portion dia buatkan aku rasa terliur hehe.
Dengan Harga yang aku bayar memang berbaloi sebab sedap dan mengenyangkan! Croissant tuh lembut dan crunchy. Daging yang dia letak pun lembut dan yang pasti banyak gila! bukan 3 atau 4 slices jer tapi more than that. Tambah pulak dengan sunny side up egg memang a perfect lunch untuk aku sampai fries pun tak habis makan sebab kenyang sangat. tepaksa take away fries tuh hehe.
Nitro Beng! Aku tak tahu macam mana yang explain dekat korang kenapa aku order Nitro Beng nih. To be honest i am not a big fan of Nitro Beng. Rasa dia agak strong untuk aku. Korang pernah tak minum iced americano? Macam tuh la rasa dia tapi a little big stronger. For those yang suka minum coffee without sugar would love this i guess tapi for me? I would go for iced americano instead of Nitro Beng. periodt!
Tapi secara keseluruhannya, aku still akan pergi sebab the vibes is there. Aku suka dia punya environment dekat situ. Lagi pun ada banyak lagi menu yang belum aku cuba lagi. Maybe next time boleh cuba dorang punya must try menu macam Muffin Cheese Burger. Untuk korang yang berminat untuk pergi boleh refer alamat dan social media dorang dekat bawah ini.
Drum and Desk
Alamat : 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi : 10 Pagi hingga 7 Petang Setiap Hari