Nasi Ayam Sedap dan Murah di Restoran Kak Long Machang Kelantan | Ini bukan Kak Long yang satu lagi tuh ya. Risau jugak aku nak share sebab takut nanti lain jadinya hahaha. Apa pun guys, nasi ayam di restoran kak long ini memang berbaloi untuk korang cuba sebab sedap dan murah.
Restoran Kak Long berada ditepi jalan tapi rasanya agak susah untuk korang nampak. Waktu pertama kali aku datang pun tak jumpa. Untuk pengetahuan korang, Restoran Kak Long berada di Wisma Baihaki. Korang waze jer Wisma Baihaki insyaallah akan jumpa dengan mudah.
Restoran Kak Long menjadi tumpuan ramai. Setiap pelanggan yang datang mesti beli lebih dari satu bungkus. Kalau korang datang lambat confirm gigit jari jer la sebab nasi ayam akan habis lebih cepat berbanding nasi berlauk lain yang dijual disini.
Harga yang dikenakan untuk nasi ayam dekat sini adalah RM7. Mungkin ada yang fikir "Murah ke RM6? Biasanya beli kedai lain pun harga macam tuh jugak". Awalnya aku pun fikir benda yang sama tapi bila tengok portion ayam yang dia bagi tuh rasa sangat sangat berbaloi dengan harga. Bayangkan korang beli satu set dapat l/4 ayam! Yes guys, satu ekor ayam tuh dorang belah 4 bahagian. Mana nak dapat portion mcm nih dengan harga murah?
Restoran Kak Long ini dibuka bermula jam 11 pagi setiap hari kecuali hari jumaat. Jadi, kalau korang nak cuba nasi ayam sedap dan murah ini bolehlah ke Wisma Baihaki bersebelahan dengan kedai perabot Cindo Antik.
Alamat : Lot 3690 D, Wisma Baihaki, Lebuhraya Tanah Merah - MachangWaktu Operasi : bermula jam 11 pagi sehingga makanan habis. Jadi, korang kena cepat la tapi biasanya untuk lunch masih lagi ada sebab aku datang jam 3 Petang Nasi Ayam masih available. (Jumaat Tutup)