Senarai Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan Tahun 2022

Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan Tahun 2022 | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa tempat makan yang korang boleh pergi sekiranya datang berkunjung ke negeri Kelantan. 

Kedai makan di kelantan

Jadi, saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang untuk memilih kedai makan yang sesuai dengan citarasa masing masing.

Senarai Kedai Makan Di Negeri Kelantan

1. Nasi Abe Mie

Kedai makan ini adalah salah satu tempat makan yang menjadi perhatian mereka yang menggemari nasi kukus. Pebagai jenis lauk pauk yang disediakan untuk memenuhi keinginan pelanggan termasuklah ayam goreng, ikan keli dan banyak lagi.


Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan dan kedai mereka sentiasa dipenuhi ramai pelanggan lebih lebih lagi waktu makan tengahari. Mereka menyediakan dua tempat beratur bagi memudahkan proses pembelian makanan.

Klik link dibawah untuk dapatkan info lanjut berkaitan dengan kedai makan Nasi Abe Mie.

Alamat : Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, 15150 Kota Bharu, Kelantan.

Baca Artikel Penuh Pekena Nasi Abe Mie Di Kota Bharu Kelantan

2. Ayang Cafe

Mencari tempat makan untuk sarapan pagi di bandar Kota Bharu? Saya cadangkan korang Ayang Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makanan.


Korang boleh rambang mata sebab tak tahu nak pilih makanan untuk sarapan pagi. Menu wajib yang boleh dicuba di Ayang Cafe adalah Roti Ayang dan Roti Kasih.

Menariknya minuman Teh O Peng dekat sini adalah Percuma! Nak tahu apa lagi yang menarik? Korang boleh klik link dibawah.

Alamat : 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Baca Artikel Penuh Makan Sarapan Pagi Best Di Ayang Cafe

3. Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12

Salah satu tempat makan yang menghidangkan ayam kampung goreng adalah kedai Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12.



Nasi Paku? Ye betul tuh! Saya pun tak pasti kenapa nama dia Nasi paku tapi kalau korang berminat untuk mencuba sendiri nasi paku ayam kampung berek 12 boleh klik link dibawah.

Alamat : Gerai 007, Jalan Pasar, Berek 12, 15200 Kota Bahru, Kelantan

Baca Artikel Penuh Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12

4. Restoren Syakilla

Kalau korang suka makan nasi campur, Restoren Syakila boleh dijadikan sebagai tempat makan pilihan kerana ianya menyediakan pelbagai jenis lauk pauk.


Selain lauk pauk yang menyelerakan, korang juga boleh mencuba beberapa jenis pulut, nasi impit dan banyak lagi. Korang boleh klik link dibawah untuk tengok sendiri makanan apa yang best di Restoren Syakila.

Alamat : Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Baca Artikel Penuh Makan Nasi Campur di Restoren Syakila
 
5. KBB Burger & Steak 

Korang penggemar makanan western? Boleh singgah di KKB Burger & Steak yang terletak di bandar kota bharu kelantan. 

kedai makan western best di kelantan

Kedai memang sesuai untuk korang yang suka makan steak sebab dorang menyediakan pelbagai jenis pilihan steak. Untuk burger pun sama, kalau baca full artikel pasal KBB Burger & Steak nih confirm terliur. 

Alamat : No. 2713 Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Baca Artikel Penuh Kedai Makan KBB Burger & Steak Kota Bharu

6. Dapur Arang Steamboat 

Tak nak makan nasi? Korang boleh cuba makan steamboat dekat Dapur Arang Steamboat yang menawarkan harga berpatutan. Seriously dekat sini sangat murah dan berbaloi untuk dicuba. Aku dah datang dua kali makan dekat sini dengan kawan kawan. 

Dapur Arang steamboat di Pasir Mas Kelantan

Dekat sini dorang sediakan lebih 10 Jenis perapan lauk pauk untuk dicuba. Memang puas hati makan! Kalau nak tengok details boleh baca full review di link dekat bawah nih.

Alamat : Berdekatan dengan Klinik Kangkong Pasir Mas. (tak jumpa exact address, jadi korang boleh google klinik nih)

Baca Artikel Penuh Dapur Arang Steamboat

Ini adalah antara kedai makan yang boleh dicuba sekiranya korang datang berkunjung ke negeri kelantan. Senarai tempat makan yang best di Kelantan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Terima kasih sebab sudi singgah blog ini. Selamat menjamu selera.
Terbaru Lebih lama