Senarai Hotel Yang Menarik Di Kota Bharu Kelantan | Salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai di Negeri Kelantan adalah Kota Bharu. Jadi, kalau korang memilih Kota bharu sebagai salah satu tempat yang ingin dikunjungi InsyaAllah artikel kali ini akan membantu korang memilih tempat penginapan mengikut citarasa masing masing.
Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih mungkin boleh cuba menginap di Grand Renai Kota Bharu Kelantan. Kalau check dekat official website harga bilik dalam RM228 tanpa sarapan pagi. Mahal? Ianya subjektif mengikut kemampuan masing masing tapi kalau korang tanya aku, memang berbaloilah sebab dapat bilik yang selesa dengan King Bed, bathtub dan kelengkapan lain.
Menarik di Kota Bharu, Kelantan :
1. Ibis Style Kota Bharu
Kalau korang nak tahu, salah satu hotel yang menjadi perhatian ramai buat masa sekarang ini adalah Ibis Style Kota Bharu. Design bilik yang cantik dan moden adalah antara sebab kenapa aku suka menginap di hotel ini. Kadang kadang susah nak dapatkan bilik sebab selalu fullybooked. Jadi, kalau korang nak datang check in dekat sini make sure buat booking awal awal.
Alamat : Lot 184, Lorong Minyak Gas,Off Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Malaysia.
2. Grand Riverview Kota Bharu
Hotel Grand Riverview berada berdekatan dengan Ibis Style Kota Bharu. Kalau drive tuh mungkin akan mengambil masa lebih kurang 4 minit sahaja. Jadi, kalau korang tak dapat nak menginap dekat Ibis, boleh check in dekat Grand Riverview tapi dari segi design bilik tuh sangat berlainan la ya. Plus point duduk dekat hotel ini korang boleh cuba dimsum buffet atau ala carte yang betul betul sedap.
Alamat : Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
3. H Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan
Nak bercuti dekat Kota Bharu tapi korang tak suka kan suasana yang crowded? H Elite Design Hotel adalah pilihan yang tepat. Aku suka check in dekat sini sebab tak ramai orang. Lepas tuh parking pun banyak jer. Bilik pun agak besar dan yang pasti lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.
Alamat : AG- G -09 , AlWaqf @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan.
4. Grand Renai Kota Bharu Kelantan
Alamat : Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra15150 Kota Bharu Kelantan.
Baca Full Review Grand Renai Kota Bharu Kelantan
5. Crystal Lodge Kota Bharu Kelantan
Pertama kali menginap di Crystal Lodge memang berpuas hati dengan kemudahan yang ada disini terutama sekali tempat parking kereta. Kebiasaannya kalau check in hotel dekat kawasan bandar kota bharu parking sangat limited dan tak selamat tapi dekat sini ada parking yang luas dan bilik yang aku dapat pun memang besar dan selesa.
Alamat : 124, Jalan Che Su, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Baca Full Review Crystal Lodge Kota Bharu Kelantan
Buat masa sekarang ada 5 hotel sahaja yang aku boleh kongsikan dalam artikel ini. InsyaAllah kalau ada lagi hotel yang aku kunjungi di Kota Bharu pada masa akan datang, Aku akan tambah. Semua hotel yang ada dalam senarai ini adalah hotel yang aku pernah menginap. Jadi, korang boleh baca full review berkenaan hotel tersebut dengan lebih details sebelum memilih hotel yang mana korang suka.