Cafe Baru Di Bukit Bunga Kelantan | Ibu Cake & Cafe | Kalau tak silap aku dekat Bandar Baru Bukit Bunga belum ada lagi cafe yang wujud sebelum ini. Jadi, bila dengar ada satu cafe baru nak buka dekat Bukit Bunga, Aku terus decide untuk terjah waktu hari pertama dorang buka.
Selain kek biscoff, aku order Egg Tart yang berharga RM2.50. Untuk minuman aku lupa nama dia apa tapi boleh tahan sedap jugaklah. Nampak sangat dah lama pergi sampai lupa nama minuman tapi apa yang aku boleh share dengan korang makanan dekat sini harga dia murah jer.
Lokasi Ibu Cake & Cafe
Alamat : Bukit Bunga, Bendang Kuala, Tepi Kedai Makan Tingkat Atas (Macam susah nak cari kan alamat dia haha. Kalau nak senang korang cari landmark J&T Express dekat Bukit Bunga InsyaAllah akan jumpa).Waktu Operasi : 12 Tengahari - 930 Malam (Ahad Hingga Jumaat)
Selalunya kalau tulis pasal cafe atau kedai makan aku akan share menu yang korang boleh order tapi sayangnya waktu aku datang tuh menu belum ada. So tak dapat nak tunjuk dekat korang secara details tapi apa yang aku boleh kongsikan adalah makanan dan minuman yang aku order dekat Ibu Cake & Cafe.
Apa Yang Aku Makan Dekat Ibu Cake & Cafe
The first thing yang aku nak try dekat Ibu Cake & Cafe adalah kek sebab sebelum buka cafe dekat Bukit Bunga, dorang terkenal dengan tempahan kek. Kalau korang tengok instagram @ibucakeandcafe memang ramai pelanggan yang tempah kek untuk hari jadi, kahwin dan macam macam lagi.
Waktu aku datang tuh ada beberapa jenis kek. Antaranya adalah Kek Biscoff, Kek Pandan Gula Melaka, dan Kek Coklat Pisang. Selain kek, dorang ada juga sediakan pencuci mulut lain seperti Egg Tart dan Cheese Tart.
Disebabkan Biscoff antara yang paling trending dimana mana jadi aku decided untuk cuba Kek Biscoff tuh. Harga untuk satu slice RM6 sahaja! antara yang paling murah pernah aku jumpa untuk satu slice kek. Biasanya kalau makan kek dekat cafe harga untuk satu kek agak pricey kan. So, kalau korang yang cuba makan kek dengan harga yang murah boleh datang Ibu Cake & Cafe.
Kalau korang datang Bukit Bunga boleh singgah dekat Ibu Cake & Cafe untuk makan dengan kawan kawan atau family sebab dorang ada beberapa lagi menu lain selain kek contohnya macam nasi lemak, makanan western dan lain lain lagi. Korang boleh tengok facebook dan Instagram dorang untuk dapatkan maklumat lanjut.
Instagram : @ibucakeandcafeFacebook : IBU CAKE & CAFE