Macam Macam Ada Di Froot MY Cafe Pengkalan Chepa Kelantan!

Macam Macam Ada Di Froot MY Cafe Pengkalan Chepa Kelantan! | Baru baru aku planned untuk ke The Layers Kota Bharu tapi sampai jer dekat sana baru tahu yang cafe tuh tutup hari Ahad. Alang alang dah ada dekat Kota Bharu aku cuba cari kedai yang best untuk dikongsikan dengan korang. Salah satu tempat yang menarik perhatian aku adalah Froot MY Cafe yang terletak di Pengkalan Chepa. 

Froot MY Cafe Pengkalan Chepa Kelantan

Lokasi Froot MY Cafe

Alamat : Lorong Wakaf Che Rani, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
Waktu Operasi : 12 Tengahari - 9 Malam (Setiap Hari)

Cafe menarik di Kota Bharu

Cafe menarik di Pengkalan Chepa

Cakap pasal lokasi, sejujurnya kedudukan Froot MY Cafe bagi aku tak strategik sebab agak tersorok sikit. Lepas tuh nak parking kereta pun susah sikit sebab tak ada ruang yang luas tapi aku tetap pergi sebab menu yang ada dekat sini nampak menarik untuk dicuba. 

Senarai Makanan dan Minuman di Froot MY Pengkalan Chepa (Menu di Froot MY) 

Cafe menarik di Kota Bharu

Cafe menarik di Kota Bharu Kelantan

cafe menarik di Kota Bharu Kelantan

cafe menarik di Kota Bharu Kelantan

Bila tengok menu Froot MY nih rasa macam nak order semua tapi bila fikir balik dengan akal yang waras memang tidaklah ya nak order semua sebab for sure tak akan habis. Walau pun sudah berfikir dalam keadaan yang waras tetap order 3 benda haha.

Review Apa Yang Aku Makan Di Froot MY Pengkalan Chepa

The first thing yang aku order adalah oden! Kalau tengok dekat menu dorang ada tiga pilihan iaitu original, tom yam dan juga asam laksa tapi waktu aku pergi hari tuh rasanya dorang tak ada pun tanya aku nak pilih yang mana satu haha tapi tak kisahlah sebab apa yang aku dapat tuh sedap. Aku berpuas hati dengan oden yang dorang jual nih. One day kalau aku singgah Froot MY lagi aku akan order oden. 

Cafe Menarik di Kota Bharu Kelantan

Cafe menarik di Kota Bharu Kelantan

Selain tuh aku order minuman which is Mocha dengan harga RM10. First of all aku nak cakap pasal packaging, aku suka dengan packaging yang dorang gunakan untuk minuman tapi aku tak sure kalau dine in dapat botol macam nih ke tak sebab time aku pergi tuh belum boleh dine ini lagi so terpaksa la take away.

Cafe Menarik di Kota Bharu Kelantan

Rasa dia macam mana? Sebelum korang hempuk aku, aku nak minta maaf awal awal sebab aku tak sempat minum pun air nih sebab aku terlupa. Pastuh bila tengok besoknya tuh dah takleh nak minum. Memang salah diri sendirilah. patutnya balik tuh aku letak dalam peti ais ke kan tapi tuhlah manusia kan mudah lupa.

Satu lagi yang aku order dekat Froot MY adalah aiskrim! yang nih memang tak lupa nak makanlah sebab awal awal lagi aku dah ngap. Untuk aiskrim nih aku pilih aiskrim vanilla pastuh aku tambah topping coconut flakes and last sekali aku suruh dia letak biscoff drizzle. 

Cafe yang menarik di Kota Bharu Kelantan

Tak tahulah apa pendapat korang tentang combination aiskrim aku nih tapi kalau ikut tekak aku, memang perfect habis! Kalau korang rasa tak best jangan risau sebab korang boleh pilih aiskrim apa yang suka. Untuk topping pulak rambang mata nak pilih sebab banyak gila. 

Korang yang belum pernah lagi ke Froot MY pengkalan Chepa bolehlah singgah makan dan minum dekat sini dengan kawan kawan sebab tempat dia pun menarik juga untuk korang ambil gambar. InsyaAllah next time aku nak cuba waffle pulak selain oden dorang yang sedap tuh hehe. Selamat mencuba guys!

Instagram : F R O O T (@froot.my)

Terbaru Lebih lama